suria

Noraniza Idris tak mahu lagi sertai program realiti nyanyian, lebih selesa jadi juri atau mentor

Noraniza akan terima tawaran sebagai juri atau pembimbing daripada kembali menjadi peserta pertandingan nyanyian.

SELEPAS menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020, penyanyi Noraniza Idris memberitahu dia enggan lagi menyertai mana-mana pertandingan nyanyian selepas ini.

Kata Noraniza, 56, dia lebih selesa sekiranya ditawarkan menjadi seorang juri atau pembimbing kerana mahu berkongsi pengalaman dimiliki.

"Tak (sertai pertandingan nyanyian) sebab saya cuma nak bertenang sahaja sekarang.

NP (50)

Noraniza sudah tidak mahu jadi peserta rancangan realiti tv.

"Kalau saya okay pun hanya jadi juri sahaja untuk program realiti atau membimbing para peserta.

"Untuk masuk lagi dalam rancangan realiti ini memang saya nak elakkan sebab nak rehat," katanya kepada mStar.

Ditanya adakah imej seseorang artis veteran akan tercalar apabila menyertai pertandingan sedemikian, Noraniza berkata ia bergantung kepada persembahan yang dilakukan.

Bagaimanapun untuk program seperti Gegar Vaganza, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk penyanyi kerana mereka boleh menyanyikan pelbagai genre untuk menyerlahkan lagi bakat dimiliki.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris sebak, minta Ramli MS komen persembahan terakhir di GV7 - “Tok Ram tak bias... kalau dia kata bagus, maknanya bagus”

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tebus kekecewaan, tampil dengan Konsert Qalam selama 3 hari

"Imej baik kalau dapat buat persembahan yang baik, namun kalau tidak ia jadi negatif.

"Sebab kita banyak juri awam yang tidak dikitiraf (penonton), lagipun tenaga penyanyi lama akan dibandingkan dengan sekarang.

"Jadi ia bahaya buat mereka yang popular dahulu tapi baru nak menyanyi semula.

"GV buatkan seseorang penyanyi itu menjadi seorang lebih versatil sebab bukan satu genre sahaja yang akan dibawa tapi pelbagai," jelasnya.

NP (51)

Program nyanyian buat artis lebih versatil menurut Noraniza.

Untuk info, sebelum ini Noraniza menyertai GV musim ketujuh dan berjaya meraih kedudukan keempat.

Dalam perkembangan lain, Noraniza akan memeriahkan festival makanan, FestStar FoodFest anjuran FestStar Influencer Entertainment pada 25 hingga 31 Disember depan bertempat di TF Mart, Taiping, Perak.

Semasa festival makanan itu kelak, Noraniza akan melancarkan produk makanan Muruku terbaharu keluarannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain