GARA-GARA menikmati hidangan ketam, wajah anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak dan kemerahan. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 50, berkata dia sama sekali tidak mengetahui anak perempuannya itu mempunyai alahan terhadap ketam. "Baru tahu yang Aaisyah tak boleh makan ketam. Habis bengkak muka dia. Lepas makan terus naik," katanya. Muka Aaisyah selepas memakan hidangan ketam. Che Ta berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok pada Selasa. Menerusi hantaran tersebut, Che Ta turut berkongsi video keadaan wajah Aaisyah selepas diserang alahan tersebut. Malah Aaisyah, 10, juga dilihat berada dalam keadaan seakan menahan sakit. Dalam pada itu, Che Ta juga sempat berseloroh memberitahu dia berasa lega kerana selepas ini tidak perlu lagi membeli ketam untuk dijadikan hidangan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta teruskan tindakan terhadap 4 individu hina anak, sedih Aaisyah tanya ‘kenapa dia cakap macam ni?’ ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan hilang sabar, bengang anak dihina berpakaian seperti pelacur - “Baik awak benam diri dalam tanah” "Jadi lepas ini lega Mummy (panggilan Che Ta) tak payah beli ketam," katanya lagi. Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Aaisyah. Mereka juga menyarankan agar Aaisyah segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. "Kalau jadi macam ini kena cepat-cepat pergi klinik. Sebab boleh sekat saluran darah. Antara komen netizen mengenai keadaan Aaisyah. "Kena buat pemeriksaan darah, takut dia ada alahan lain juga. "Kesian dia, lepas ini kena sedia ubat alahan. Takut berulang," antara komen netizen. Untuk rekod, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Rozita bersama suaminya yang juga pelakon Zain Saidin. Mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!