PELAKON Amyra Rosli memaklumkan dia sudah kembali bekerja seperti biasa meskipun baru mengalami keguguran. Kata Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 33, dia berada dalam keadaan sihat dan dia tidak perlu menjalani tempoh berpantang kerana usia kandungan masih awal. "Alhamdulillah saya sihat dan tidak perlu berpantang sebab anak yang saya kandung masih awal usia dia. Amyra kongsi dirinya keguguran. "Jadi saya akan berkerja seperti biasa. Saya reda dan tahu Allah sebaik-baik perancang," katanya. Amyra berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Selesa. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui terharu dengan sikap prihatin orang ramai terhadapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli keguguran, alami ‘chemical pregnancy’ ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli tak sekat kebebasan Amar Baharin, tapi ada syarat kena patuhi "Saya baca setiap satu komen cuma tak dapat balas satu persatu. Maaf sangat-sangat. "Terima kasih atas ingatan buat saya, doa yang baik-baik berbalik kepada awak semua," katanya lagi. Sebelum ini, Amyra berkongsi impian dirinya menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran akibat kehamilan kimia atau chemical pregnancy. Amyra dan suami reda tiada rezeki timang cahaya mata ketiga. Untuk rekod, Amyra dan Amar melangsungkan perkahwinan pada November 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7 dan Ayra Aryssa yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!