suria

“Perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja” - Luahan Elfira Loy disalah anggap, tiada kena mengena tentang rumah tangga

Elfira menegaskan kesedihan yang dirasakan disebabkan alasan lain dan tiada kaitan dengan rumah tangganya.

PELAKON Elfira Loy kesal apabila luahan hatinya di media sosial sebelum ini disalah tafsir segelintir pihak sehingga ada menyangka dia sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Menyelar tuduhan tersebut, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata kesedihan yang dirasakan disebabkan alasan lain dan tiada kaitan dengan rumah tangganya.

"Suka-suka dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke?

Copy of Untitled - 2024-12-04T135152.191

Elfira berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Orang perlu tahu yang perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja. Banyak benda boleh disedihkan misalnya pengorbanan karier.

"Kawan menjauh, kena fitnah atau tak dapat buat apa yang dia suka sebab orang lain," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.

Elfira turut memuat naik tangkap layar hantaran berita bertajuk 'Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia' yang tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy bengang ‘personal shopper’ guna foto tanpa kebenaran, bimbang peminat tertipu

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah jemaah haji bergelimpangan, Elfira Loy saksi dedikasi pasukan perubatan bantu mangsa

Dalam pada itu, pelakon itu meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan fitnah serta menegaskan rumah tangganya berada dalam keadaan baik.

Malah dia tidak dapat menahan geram membaca komen-komen jahat netizen yang memburukkan dirinya.

"Berhentilah! Nak kena muat naik gambar bercium ke baru nak percaya?

Copy of Untitled - 2024-12-04T135327.557

Elfira bahagia bersama keluarga tercinta.

"Kepada netizen yang tambah perisa di ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka?

"Mulut itu macam tak boleh nak cakap baik-baik," ujarnya.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris atau Muhammad Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaiti Muhammad Rayyan Khalaf, 4, dan Nur Aria Mikayla yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain