suria

Azzahra dedah tanggung derita jadi isteri Jay Iswazir, diminta gugur kandungan alasan tak mampu

Azzahra sanggup bertahan selama dua tahun berkahwin dengan Jay.

KETIKA kisah keganasan rumah tangga bekas model Zahnita Wilson masih hangat diperkatakan, pelakon Azzahra Ahmad tampil mendakwa mengalami kejadian serupa.

Azzahra atau Fathima Azzhara Ahmad berkata, dia tidak hanya dikasari malah suaminya iaitu pelakon Jay Iswazir turut mendesaknya menggugurkan kandungannya.

Pelakon itu memberitahu dia disahkan hamil ketika mereka dalam proses bercerai sekitar September lalu.

azzahra 2

Pendedahan Azzahra di Instagram.

Jelas Azzahra, Jay memaksa dia berbuat demikian kerana tidak bersedia dengan cahaya mata disebabkan kurang berkemampuan.

"Ketika kami buat keputusan bercerai saya dapat tahu sedang hamil. Selepas berpantang (selepas gugur kandungan) dan berada dalam keadaan suci, saya failkan cerai.

"Saya rasa tertekan ketika itu sehingga sebulan tidak keluar bekerja," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 2 tahun, pasangan pelakon Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika itu saya belum kahwin” - Cium pipi Jay Iswazir dalam ‘Abang Long Fadil 3’, Elizabeth Tan dedah bukan teknik kamera

Menjelaskan dakwaan dikasari Jay, Azzahra mendakwa dia menderita dengan perbuatan suami di awal perkahwinan mereka.

Malah dia pernah menghubungi pihak polis namun tidak sampai hati meneruskan kes kerana enggan menjejaskan nama Jay sebagai pelakon.

"Paling teruk saya kena (pukul) ketika awal berkahwin. Saya sudah hubungi polis tapi apabila pihak berkuasa kata mahu menangkapnya saya tak sampai hati.

Saya rasa tertekan ketika itu sehingga sebulan tidak keluar bekerja

AZZAHRA AHMAD

PELAKON

"Ketika itu pula dia tengah terlibat dengan penggambaran dan enggan menjejaskan nama baik dia," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram Azzahra mendakwa pernah dikasari bekas suaminya sehingga dia mengalami tekanan jiwa.

Menerusi perkongsian tersebut, Azzahra turut memuat naik borang rujukan perkhidmatan kaunseling yang tertera namanya sebagai pesakit.

azzahra 3

Perkahwinan Jay dan Azzahra bertahan hanya dua tahun.

Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.

Bagaimanapun pelakon itu mendedahkan mereka bercerai pada 28 Oktober lalu namun enggan berkongsi punca mereka berpisah.

Pihak mStar berusaha menghubungi Jay untuk mengulas kenyataan ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain