IMPIAN menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila penyanyi Najwa Latiff mendedahkan mengalami keguguran hanya selepas lima minggu disahkan hamil. Jelas Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latiff, 29, dia dan suami iaitu Akwa Ariffin enggan berkongsi berita sedih tersebut di media sosial namun memerlukan doa orang ramai demi berdepan ujian tersebut. "Saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang. Saya mengalami keguguran. Perkongsian Najwa di Instagram tentang keguguran dialami. "Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia terasa sangat peribadi untuk saya dan suami. "Tetapi, saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda," katanya. Najwa mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada petang Isnin. Dalam pada itu, Najwa memohon agar dia dan suami diberikan ruang untuk terima kenyataan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Doa Najwa Latif dimakbulkan, kembali ke Makkah ditemani suami ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mahu peminat ternanti-nanti, khabar angin Najwa Latiff hamil tidak benar Malah penyanyi Cinta Muka Buku itu berharap mereka mendoakan dia dan suami menerima balasan yang baik. "Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. "Semoga segala segala renungan dan doa anda dikembalikan kepada anda juga. terima kasih. Untuk rekod Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!