suria

Pura-pura terpegang tangan dan diganggu secara lisan, Harissa Adlynn pernah digoda pelakon berstatus suami orang

Harissa tak layan cubaan lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya.

PELAKON Harissa Adlynn mendedahkan pernah didekati oleh ramai lelaki termasuk aktor senior yang cuba menagih cintanya.

Lebih mengejutkan , Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 21, berkata ada di antara mereka berstatus suami orang bahkan sudah mempunyai cucu.

Harissa bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk menepis dan tidak melayan setiap godaan yang datang.

NP (69)

Harissa pernah digoda pelakon lelaki berstatus suami orang.

“Sudah tentu ada (cuba mendekati). Ada daripada kalangan selebriti dan pelakon senior yang berstatus suami orang malah lelaki yang sudah bercucu pun ada!

“Bagi saya mereka boleh datang mendekati tetapi terpulang pada diri saya sama ada nak menerima atau menolak.

“Kalau saya tak suka, pandai-pandailah saya tepis,” katanya kepada mStar.

Harissa berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta yang belangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jadi jahat, Harissa Adlynn terbawa-bawa aura ‘Adrea’ sampai ibu jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Menakutkan! Zara Zya masih diganggu lelaki psiko, cuba bersabar tapi makin melampau

Bercerita mengenai pengalamannya, Harissa memberitahu godaan diterima datang dalam pelbagai bentuk termasuklah secara lisan mahupun fizikal.

Jelasnya, segelintir daripada mereka sanggup berpura-pura seperti tersentuh tangan sewaktu melakonkan sesuatu babak semata-mata ingin menarik perhatiannya.

“Mereka ada beritahu saya terus tentang perasaan mereka dan ada juga yang cuba menggoda secara fizikal.

“Misalanya kalau berlakon dia berpura-pura terpegang tangan saya tetapi sebagai perempuan sudah tentu saya tahu niat dia yang sebenar,” kongsinya.

Mereka ada beritahu saya terus tentang perasaan mereka dan ada juga yang cuba menggoda secara fizikal.

HARISSA ADLYNN

PELAKON

Enggan melayan, Harissa menegaskan dia tiada masalah untuk kekal profesional menjalankan tugas sebagai pelakon asalkan usikan tersebut tidak membawa kepada gangguan.

Tambah pelakon itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakselesaannya sekiranya tindakan berkenaan dirasakan melampaui batas.

“Saya kekal profesional jalankan tugas lakonan saya seperti biasa. Kala dia tak profesional, saya akan pilih untuk bersuara.

“Kalau dia melebih-lebih dan tidak menghormati saya, saya rasa berhak bertindak dan menyuarakan ketidakselesaan saya. Setakat ini, ramai faham bila saya buat begitu,” jelasnya.

NP (68)

Harissa membintangi drama Benci Jadi Cinta.

Dalam perkembangan lain, Harissa membintangi sebuah drama bersiri vertikal berjudul Benci Jadi Cinta yang disiarkan menerusi laman TikTok Drama Sangat bermula Isnin.

Mengangkat tema cinta dan romantik komedi, Harissa berharap drama ini diterima penonton memandangkan jalan cerita yang diketengahkan menarik dan santai bersesuaian dengan cita rasa generasi masa kini.

Selain Harissa, drama Benci Jadi Cinta turut menampilkan barisan pelakon baharu iaitu Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain