HASRAT personaliti media sosial, Acap S untuk terus aktif dalam dunia seni tercapai apabila dia kini mula menerima banyak tawaran lakonan. Kata Acap atau Muhammad Asraf Jaafar, 29, impak bergelar juara di pentas Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) telah membuka mata ramai pihak untuk melihat bakatnya. "Syukur selepas MLS4 banyak tawaran yang datang dan bukan sekadar berlakon. Ada yang juga yang panggil saya untuk jadi pengacara. Kemenangan di MLS4 bawa tuah buat Acap. "Meskipun tidaklah terlalu banyak, namun ia juga menjadi permulaan untuk saya terus aktif. "Biarpun saya pernah berlakon sebelum ini, namun rasa seronok apabila perjalanan untuk menjadi seorang anak seni ke arah perkembangan positif," katanya kepada mStar. Menurut Acap, dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Jemaah Penanggal Kampung Lenggong di bawah arahan pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Acap S tetap buat ‘live’ di TikTok selepas menang MLS4, tak terfikir pindah KL sebab mahu jaga ibu ARTIKEL BERKAITAN: Acap S menangis tak menang ‘KNKV Viral Award’, sedih hancurkan harapan ibu sedang sakit Walau hanya menjadi menampilan khas dan diberi peranan untuk beberapa babak, namun Acap meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berlakon bersama Ropie. "Ropie adalah salah seorang pelakon yang saya minat. Jadi apabila dapat berlakon sama, saya memang rasa teruja. Saya juga juga suka genre komedi seperti drama ini. "Pertama kali kembali ke set penggambaran agak sukar sebab sudah lama tidak berlakon. Mujurlah pengarah banyak beri tunjuk ajar dan membantu. Banyak lagi yang perlu diperbaiki saya akan akan terus belajar untuk menjadi seorang pelakon terbaik ACAP S PELAKON "Antara cabaran berlakon semestinya nak hafal skrip sebab saya dah lama tidak terlibat dengan penggambaran," ujarnya. Tambah Acap dia juga tidak mahu meletakkan batas tawaran hanya kepada genre komedi dan berharap dapat mengembangkan kerjaya lakonan untuk drama berbeza. Acap mendapat tunjuk ajar Jurey dalam drama terbaharu. Baginya setiap peluang yang diberi akan digunakan sebaik mungkin untuk terus memperbaiki mutu lakonan agar dapat diterima baik oleh penonton. "Saya memang minat berlakon dan selepas ini akan terus terima tawaran yang sesuai. Saya juga tidak mahu bataskan hanya kepada komedi sahaja, jika ada drama bercinta pun saya boleh cuba. "Banyak lagi yang perlu diperbaiki saya akan akan terus belajar untuk menjadi seorang pelakon terbaik," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!