PERKONGSIAN peserta program One In A Million (OIAM) iaitu Marygrace tentang mendiang bapanya mati dibunuh ketika dia berusia sembilan tahun menyentuh perasaan penonton. Masih trauma dengan insiden tersebut, Marygrace, 24, berkata, kejadian itu berlaku di hadapannya berserta seorang lagi adiknya di rumah mereka di Keningau, Sabah. Perbuatan kejam itu juga kata Marygrace turut dilakukan sendiri oleh rakan mendiang bapanya. Marygrace saksi bapanya dibunuh ketika usia sembilan tahun. “Mendiang bapa saya dibunuh depan mata saya dan adik, ketika usia saya sembilan tahun di depan rumah kami tapi perkara itu seperti baru berlaku semalam,” katanya kepada mStar. Marygrace berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai konsert kedua OIAM di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad. Bercerita lanjut, Marygrace akui kisah silamnya itu membuatkan dia berdepan masalah berkaitan kesihatan mental. Tidak mudah keluar daripada ‘kegelapan’ namun Marygrace bersyukur mempunyai sistem sokongan yang banyak membantu dia mengharungi trauma. ARTIKEL BERKAITAN: 4 peserta tersingkir minggu kedua OIAM, kisah bapa Marygrace dibunuh buat netizen mengalir air mata ARTIKEL BERKAITAN: Suara garau macam lelaki, ramai keliru jantina sebenar Zazzleen OIAM... Pernah dua kali kahwin dan ada 3 orang anak! “Kadang-kadang boleh menggigil, ada juga sehingga menyebabkan saya anxiety serta kemurungan. “Tapi kerana saya mempunyai sistem sokongan yang kuat ia sangat membantu saya harungi perkara itu,” ujarnya. Sementara itu, Marygrace memberitahu dia tidak tahu sama ada pembunuh mendiang bapanya masih menjalani hukuman penjara atau sudah dibebaskan. “Pelaku tu berjaya ditangkap, tapi tak pasti dia sudah dilepaskan atau ditahan sebab rakan ayah itu bukan orang Malaysia,” jelasnya. Mendiang bapa saya dibunuh depan mata saya dan adik MARYGRACE PESERTA OIAM Dalam pada itu, Marygrace menjelaskan dia bukan cuba meraih simpati penonton dengan menjaja kisah peribadinya. Sebaliknya nyanyian sudah menjadi tempat meluahkan apa terbuku dalam hati lebih-lebih lagi ketika merindui mendiang bapanya. “Ya, saya trauma dengan apa yang berlaku tapi saya tak suka jual cerita sebegini untuk raih publisiti. “Menyanyi adalah cara saya untuk luahkan perasaan, dan ia juga merupakan perkara diajar oleh bapa kepada saya,” ujarnya. Nyanyian Marygrace dipuji juri dan penonton. Dalam perkembangan lain, Marygrace antara 10 peserta yang layak ke minggu ketiga program OIAM bersama Zazzleen, Jimi, Dayangku Iffah, Rezza Shah, Dhania dan Eylia Guntabid. Peserta yang turut layak adalah Trio XL, Dr Hafiz Zainal, Mariam, Kai Deva dan Alya Mardien. Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun. Program ini dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai pengacara serta bersiaran menerusi saluran TV3 pukul 9 malam Ahad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!