PENYANYI Misha Omar tidak mempergunakan anak lelakinya iaitu Idris Ezzawa bagi memancing perhatian susulan kanak-kanak itu membuat kemunculan pada Showcase Misha Back to Basic pada 21 Disember lalu. Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, sebaliknya menjelaskan keputusan melibatkan Idris dalam acara berkenaan sekadar mahu menyokong bakat anaknya itu. "Kak Mitch (panggilan Misha) mohon jasa baik, jangan menuding (bukan hanya Kak Mitch tapi rakan seperjuangan lain) apabila melakukan persembahan atau berlakon bersama anak sebagai 'menjual' mereka. Misha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Kita seharusnya menyokong dan meraikan kerana membenci hanya akan membunuh diri sendiri dalam diam," katanya. Misha berkongsi perkara itu menerusi hantaran foto memaparkan aksi Idris melakukan persembahan ketika showcase berkenaan di Instagram. Dalam pada itu, Misha turut meluahkan rasa bangga melihat kejayaan Idris, 8, membuka tirai acara berkenaan sebagai hos. ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar mulakan rawatan kesuburan, berharap dikurniakan ‘baby girl’ - “Kalau telur masih okay, dia boleh hamil secara normal” ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah bukan ‘jual’ anak untuk raih simpati, media sosial sumber rezeki Jelasnya, dia terkenang kesungguhan anaknya itu berlatih setiap hari demi menampilkan aksi memukau di hadapan penonton. "Idris mencetak sejarah pertama kali di hadapan peminat terlibat secara langsung pada Misha Omar Back To Basic Showcase tempoh hari. "Mengenang kembali momen Idris berlatih dengan Dr Zizi membuat Kak Mitch senyum sendiri. Gigih dan penuh dedikasi kedua-duanya. Selain Idris, Misha mempunyai seoranga anak angkat lelaki iaitu Muhammad Adam Emir. "Tanpa paksaan Idris berlatih sendiri. Apa yang kalian dengar keluar daripada mulutnya datang jujur dari hati," jelasnya. Sebelum ini, Misha menghiburkan 2,000 peminat menerusi showcase Misha Omar Back To Basic yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Disember lalu. Untuk rekod, Misya mendirikan rumah tangga bersama juruterbang Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014. Selain Idris, Misya mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini bersia 18 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!