PENYANYI ternama Anita Sarawak nekad meninggalkan dunia seni bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi bersama suaminya di Las Vegas, Amerika Syarikat. Perkara tersebut dikongsi rakan baik Anita yang juga bekas wartawan hiburan New Straits Times (NST), Shuib Taib yang menghubungi penyanyi itu pada November lalu. Menurut Shuib, Anita kini lebih selesa untuk tidak lagi terlibat dengan dunia glamor seperti mana pernah dikecapi sebelum ini. Anita tidak lagi aktif dalam dunia seni. Malah kongsinya, Anita kini lebih gemar menghabiskan masa dengan berkebun selain melayani suami iaitu Mahathir Abdullah. "Dia sudah puas menyanyi dan membuat persembahan di seluruh dunia! "Sekarang ini dia hanya mahukan kehidupan sederhana dan menjaga suami. Dia suka berkebun," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak terjawab, penulis lirik Slen Fadzil terima panggilan mengejutkan... Sangkal dakwaan sakit dan sudah bercerai ARTIKEL BERKAITAN: [V] “No news is a good news” - Noorkumalasari lebih selesa tak tahu tentang Anita Sarawak, hanya berhubung dengan kakak sulung Shuib menghubungi Anita selepas diminta oleh rakannya iaitu bekas editor hiburan Roslen Fadzil bagi bertanya tentang satu jemputan untuk mengadakan persembahan di konsert tribute buat komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. Penyanyi lagu Seksis itu bagaimanapun menerusi kiriman WhatsApp melalui Mahathir memaklumkan terpaksa menolak undangan tersebut kerana dia kini sudah bersara. Bercerita lanjut mengenai komunikasinya dengan Anita, Shuib memberitahu penyanyi itu dalam keadaan baik sekali gus menepis dakwaan dia sedang sakit selain gosip mengatakan sudah bercerai. Dia sudah puas menyanyi dan membuat persembahan di seluruh dunia! SHUIB TAIB "Ada kata dia sakit, ada pula cakap Anita bercerai dan dakwanya sudah meninggal dunia. "Anita malas nak layan semua cerita tersebut dan sebab itu dia tidak mahu menjawab pertanyaan orang lain. "Dia percayakan saya, jadi dia hanya beritahu kepada saya. Anita menghubungi saya kembali sekitar tahun 2021 selepas sekian lama menghilangkan diri. Kami memang rapat," ujarnya. Gambar kenangan Shuib bersama Anita. Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram milik Roslen, dia juga berkongsi perkara sama tentang persaraan Anita selain sekeping gambar terbaharu penyanyi itu bersama suaminya. Gambar tersebut dirakam ketika sambutan ulang tahun kelahiran Mahathir pada Jun lalu. Memberi respons terhadap konsert tersebut, Anita juga menganggap Adnan sebagai salah seorang komposer hebat yang pernah dia bekerjasama. Anita kini fokus kehidupan berkeluarga bersama suami. "Apabila saya memaklumkan Anita tentang konsert tribute Adnan, dia merasa begitu sedih, terkenangkan waktu yang pernah dikongsi bersama Adnan, salah seorang produser terbaik sepanjang zaman. "Harap kirimkan salam kami kepada ahli keluarga Adnan dan beritahu mereka seharusnya berbangga dengan bakat unik dan hebat ayah mereka itu," balas Mahathir. Anita mula menghilangkan diri sejak 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Amerika Syarikat bersama suaminya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!