BEKAS pekerja penyanyi Azza Elite yang didakwa mencuri wang syarikat bertindak melarikan diri ketika terserempak dengan suaminya di sebuah pasar raya di Ukay Perdana, Selangor. Azza atau Nor Azzarima Zawari, 47, berkata, lelaki berkenaan juga tergamak tinggalkan isterinya di pasar raya tersebut semata-mata mahu mengelak dari bersemuka dengan suaminya. "Tadi terjumpa suami saya, kenapa awak lari? Saya tak fahamlah. Dia boleh pula buat seolah-olah macam tiada apa. Azza berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Dia sampai tinggalkan isteri dia di Giant, Ukay Perdana sebab nak lari daripada suami saya. "Tetapi suami saya tak sempat kejar, dia dah lesap dulu," katanya menerusi Instagram pada Isnin. Berserta kapsyen, Azza turut memuat naik foto memaparkan wajah bekas pekerjanya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Peluang langsai hutang disia-siakan, bekas pekerja respons selepas Azza Elite upload wajahnya di IG ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja ‘songlap’ duit jual kek, Azza Elite kesal layanan baik dibalas mencuri Meskipun sudah membuat laporan polis sejak Oktober lalu, Azza memberitahu usaha menjejaki keberadaan lelaki terbabit masih gagal sehingga kini. Jelasnya, dia tiada pilihan selain menyebarkan gambar bekas pekerjanya itu di platform media sosial atas nasihat pihak polis. "Polis Gombak cari dia tak dapat, polis Ampang pun sama. Habis itu siapa nak tangkap penipu ini? "Polis minta saya viralkan muka dia senang sikit. Sesiapa nampak Aliff di Ukay Perdana, tolonglah bawa dia ke mana-mana balai," jelasnya. Azza terpaksa mendedahkan wajah individu tersebut atas nasihat polis. Pada 8 Oktober lalu, Azza meluahkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan. Kata Azza, perkerja itu menukarkan kod QR yang mana setiap hasil jualan terus ke akaun peribadinya. Individu tersebut dipercayai sudah melakukan perbuatan itu selama tiga bulan tanpa dia sedari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!