suria

Pakai tudung tak semestinya berlakon jadi baik, Hannah Delisha okay terima watak penyondol

Hannah tiada masalah untuk terima watak perampas suami orang pada masa hadapan.

DRAMA berkisarkan kisah kecurangan sedang menjadi trend dan banyak disajikan sebagai hiburan buat penonton.

Pernah melakonkan watak sebagai perosak rumah tangga, aktres Hannah Delisha tiada masalah memegang watak serupa pada masa hadapan.

Kata Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, aktres bertudung tidak semestinya perlu berlakon watak baik disebabkan penampilan mereka.

NP (82)

Hannah tiada masalah terima tawaran lakonkan watak perampas suami orang.

"Saya pernah bawa watak perampas suami orang tapi itu sebelum saya berhijab.

"Saya memang tiada masalah kalau ada tawaran serupa sebab ia hanya lakonan untuk memberi pengajaran kepada penonton.

"Watak sebegitu membolehkan saya cabar diri sebagai pelakon dan wanita bertudung tak semestinya kena bawa watak baik," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Hannah berkata, dia tiada kuasa untuk menghentikan trend lambakan drama tentang keretakan rumah tangga dan kecurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah berlakon tanpa bersentuhan, Hannah Delisha tengok situasi tapi tetap hati-hati

ARTIKEL BERKAITAN: Kekuatan irama dan lirik buat Hannah Delisha jatuh cinta, ‘Akan Tiba’ bantu bangkit selepas alami keguguran

Tambah pelakon Di Hatiku Ada Kamu itu, keputusan itu semuanya terletak pada pihak stesen televisyen dan produksi atas permintaan penonton.

"Banyak drama tentang rampas suami atau isteri orang ini di luar bidang kuasa saya sebab pada akhirnya keputusan itu dibuat oleh pihak stesen TV.

"Jika itu yang penonton mahukan dan suka, jadi kita ikut sahaja," ujarnya

NP (81)

Hannah dilantik menjadi duta Conboo selama setahun.

Dalam perkembangan lain, Hannah bersyukur apabila dilantik menjadi duta rasmi produk kesihatan Conboo selama setahun.

Jelasnya apabila usia semakin meningkat, rutin penjagaan kulit sahaja tidak cukup untuk memastikan mukanya sentiasa berseri.

"Alhamdulillah, saya dilantik jadi duta Conboo selama setahun. Bila usia makin meningkat, baru saya sedar rutin penjagaan kulit sahaja tidak mencukupi untuk jaga muka,

"Suplemen tambahan ini sebenarnya memang perlu, tapi paling utama minum air dan tidur memang kena cukup," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain