suria

Saksi ketika titik terendah dalam hidup, Fatima ‘hero’ Fazura

Fazura sangat hargai kehadiran Fatima dalam hidupnya.

PELAKON Fazura bersyukur apabila dia dan anak perempuannya Nur Fatima Aisya, 4, berjaya mengharungi pelbagai kesukaran di beberapa bulan terakhir menjelang 2025.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, Fatima adalah sumber kekuatan yang dihantar kepadanya bagi merawat luka di hati.

Malah Fatima adalah saksi titik terendah dalam hidup yang tidak pernah ditunjukkan kepada orang lain.

fazura 11

Luahan hati Fazura untuk Fatima.

"Ini adalah beberapa bulan mencabar untuk kita berdua tetapi Mommy sangat bersyukur dan bangga dengan hero yang dihantar oleh Allah SWT kepada saya iaitu kamu.

"Kamu telah menyaksikan sebahagian daripada diri saya yang tidak pernah berharap kamu akan lihat dan kamu telah menunjukkan begitu banyak kekuatan.

"Kata-kata dan semangat kamu seperti 'Mama akan rasa lebih baik' sentiasa membantu saya melalui segala-galanya tahun ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru habis idah, Fazura tak tolak jodoh kembali berumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura selesai jalani tempoh idah, anggap pengakhiran dan permulaan untuk segalanya

Fazura berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya yang turut memaparkan rangkuman video gelagat Fatima sepanjang tahun 2024.

Sebagai ibu, Fazura memberitahu dia sentiasa mengutamakan kebahagiaan anaknya melalui caranya tersendiri.

Kata Fazura, dia berharap Fatima akan memahami setiap keputusan yang dilakukannya ketika ini apabila dewasa kelak.

Yakinlah saya sayang awak lebih daripada itu.

FAZURA

PELAKON

Jelasnya dia sangat menyanyangi anaknya itu melebihi daripada segalanya.

"Jika awak membaca ini suatu hari nanti, ketahuilah saya maksudkan semua yang saya katakan dan setiap ibu di dunia ini hanya mahukan terbaik untuk anak mereka.

"Terima kasih kerana membenarkan saya membesarkan awak dengan cara terbaik dalam keadaan aman, bahagia dan hati saya tidak lagi hancur berkeping-keping.

fatima 2

Antara gelagat yang dikongsikan Fazura tentang anaknya.

"Saya mungkin tidak dapat menjelaskan semuanya sekarang tetapi saya tahu suatu hari nanti awak akan faham.

"Mommy sayang awak tak terkata, dan bila awak cakap 'saya sayang awak semua sangat', yakinlah saya sayang awak lebih daripada itu," ujarnya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain