suria

Siti Hariesa masih solo, cari lelaki lemah lembut dan penting ikatan kekeluargaan

Hariesa tak sanggup berkongsi kasih apatah lagi bergelar perampas.

MEMILIKI wajah yang cantik dan sentiasa menjadi perhatian namun pelakon Siti Hariesa masih belum mempunyai teman istimewa.

Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 26, memberitahu walaupun ada yang cuba mendekatinya namun dia belum bertemu dengan calon sesuai dijadikan kekasih hati.

"Kisah cinta tiada lagi, saya masih solo tetapi adalah yang datang mendekat," katanya kepada mStar.

Copy of Untitled - 2025-01-02T155648.908

Hariesa berkongsi perkara itu pada majlis pelancaran koleksi Eid 2025 Mayang By Anntsya.

Hariesa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Eid 2025 Mayang By Anntsya yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Tidak terburu-buru mencari pasangan, Hariesa juga tak sanggup berkongsi kasih apatah lagi bergelar perampas.

"Yang penting bukan suami oranglah," ujarnya.

Bercerita mengenai ciric-ciri yang dicari sebagai pasangan, Hariesa tertarik dengan lelaki yang mementingkan nilai kekeluargaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hariesa lebih berhati-hati pilih watak, enggan lagi terpalit kontroversi... “Saya tidak mahu orang cakap buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Hal Ehwal Agama tarik nafas panjang tengok babak panas Zul Ariffin... Akan hubungi pihak terlibat

Malah dia berharap bertemu jodoh dengan lelaki sebegitu kerana turut mengimpikan sebuah keluarga besar suatu hari nanti.

"Saya suka lelaki yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga, lemah lembut dan baik hati.

"Saya nak seseorang mementingkan keluarga sebab saya pun teringin nak ada keluarga besar.

"Kalau lelaki itu datang daripada keluarga yang harmoni, saya pun nak jadi sebahagian daripada keluarga itu," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain