suria

[V] Yana Samsudin terkejut terima banyak mesej ketika sedang tunai umrah, tak fasal-fasal nama suami kena petik miliki ganja

PELAKON Yana Samsudin terkejut apabila nama suaminya iaitu Fadzil Zahari dipetik oleh netizen gara-gara berita penahanan seorang selebriti berhubung isu dadah pada Disember lalu.

Menurut Yana atau Nurliana Samsudin, 40, ketika kecoh mengenai berita berkenaan, dia dan suami sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

"Saya anggap tuduhan ini sebagai satu dugaan untuk kami sekeluarga yang sedang menunaikan ibadah umrah.

Yana memberitahu ketika isu hangat itu dia dan suami sedang menunaikan umrah.

Yana memberitahu ketika isu hangat itu dia dan suami sedang menunaikan umrah.

"Bagi saya, apabila kita sedang melakukan satu kebaikan, Allah beri satu dugaan dan ingin melihat bagaimana kami tangani ujian itu.

"Nak dijadikan cerita memang waktu itu kebetulan mata suami saya memang merah sebab alergik dengan cuaca sejuk pada waktu itu," katanya kepada mStar.

Yana berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sahak Gangster yang diadakan di GSC Tropicana Mall pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut nama kena petik selebriti ditahan miliki ganja, Fadzil Zahari sedang tunai umrah minta maaf kalau ada silap

ARTIKEL BERKAITAN: [Vodcast EP4] Yana Samsudin tidur di parkir kereta, naik bas ikut kawan permulaan jadi penyanyi

Pada pertengahan Disember tahun lalu, Yana dan suami berpeluang mengerjakan ibadah umrah selepas menerima jemputan daripada kedutaan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Yana memberitahu dia menerima banyak panggilan telefon dan mula menyedari hal itu selepas membaca kiriman mesej daripada kenalan sejurus tiba di hotel penginapan.

"Saya sekeluarga dijemput oleh kedutaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah beberapa tempat menarik.

Apabila kita sedang melakukan satu kebaikan, Allah beri satu dugaan dan ingin melihat bagaimana kami tangani ujian itu.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

"Ketika kami tiba di Makkah pada jam 3 pagi dan sedang mengerjakan umrah, telefon bimbit kami tak berhenti berbunyi.

"Apabila sampai saja di hotel, suami baru sempat baca mesej dan maklumkan sudah ramai pihak membuat spekulasi mengenai dirinya berhubung penangkapan itu," ujarnya.

Tidak melatah dengan perkara itu, Yana bagaimanapun menasihati suaminya untuk tidak ambil pusing mengenai spekulasi berkenaan dan meminta Fadzil fokus terhadap ibadah umrah.

"Saya pun terus cakap kepada dia, abaikan saja perkara itu dan tinggalkan (segala hal) di Malaysia. Itu saja ayat yang keluar daripada mulut saya.

Yana dan suami tidak mahu mengambil pusing berhubung dakwaan yang dibuat netizen.

Yana dan suami tidak mahu mengambil pusing berhubung dakwaan yang dibuat netizen.

"Cuma saya terkejut individu yang kena (tahan) itu. Harap beri pengajaran kepada semua orang dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

Pada Disember tahun lalu, pelawak Along Cham merupakan selebriti yang ditahan di kediamannya di Cyberjaya kerana dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja.

Along bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja anggaran berat 58.23 gram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain