suria

Padah tulis komen ugut bunuh Baby Shima, lelaki Sarawak kena denda RM4,000

Individu (kanan) yang memberikan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Shima didenda RM4,000.

INDIVIDU lelaki yang melemparkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap penyanyi Baby Shima dikenakan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak pada Jumaat.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh iaitu Mel Maxpherson Munded, 35, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah dihadapan Majistret Oon Kork Chern.

Kork Chern turut menetapkan hukuman dua bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

shima - 1

Ugutan yang diterima Shima menerusi laman Facebook.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pemandu lori itu didakwa melontarkan komen berbaur ugutan serta mengancam keselamatan penyanyi tersebut di laman Facebook.

Pada 31 Disember lalu, Shima atau Nor Ashima Ramli membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui akaun pengguna Facebook (FB) yang dipercayai berasal dari Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda autistik miliki PhD mengaku termuntah lihat Baby Shima bergelek

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak tidur” - Da’i Fuad tepis tuduhan Baby Shima, tunjuk bukti dah tegur Da’i Syed

Menerusi komen tersebut, pengguna akaun itu memberi amaran kepada Shima untuk berhati-hati sekiranya tidak mahu pulang sebagai mayat.

Shima membuat laporan di Balai Polis Sibu dengan ditemani Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain