suria

Kesungguhan Nabila Huda mahu beri lakonan terbaik, sanggup cukur nipis kening demi watak

Nabila sanggup mencukur nipis keningnya demi memenuhi tuntutan watak.

KESUNGGUHAN dan komitmen pelakon Nabila Huda dalam mempersiapkan diri setiap kali membintangi naskhah terbaharu sering menerima pujian ramai.

Tampil berbeza kali ini, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, memberitahu dia sanggup mencukur nipis keningnya semata-mata bagi memenuhi tuntutan watak yang perlu dibawa dalam drama terbaharu.

"Macam biasalah korang semua tahu, setiap kali ada karakter baharu, saya memang akan bersungguh-sungguh!

Copy of Untitled - 2025-01-03T115752.093

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Saya sanggup cukur kening halus sikit demi Suraya (watak berkenaan)," katanya menerusi satu hantaran di Intasgram pada Jumaat.

Berserta kapsyen, Nabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang membeli busana yang perlu dikenakan sepanjang penggambaran drama terbaharu berjudul Dari Rahim Yang Sama.

Dalam pada itu, Nabila mengakui persiapan untuk menjalani pengambaran drama rantaian lebih sukar berbanding filem terutamanya daripada segi penampilan.

Kata Nabila, dia sangat menitikberatkan soal pemilihan pakaian kerana mahu menampilkan kelainan untuk setiap episod.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah amal sejak 15 tahun lalu, Nabila Huda belanja separuh gaji berlakon beli pakaian watak dalam drama

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda cukup teliti, dipuji sanggup sewa karavan dan upah jurusolek peribadi demi komitmen lakonan

"Persiapan untuk drama 15 episod lain pulak dengan filem, kena extra effort sikit sebab kena cari wardrobe banyak.

"Paling penting kena ada graf untuk perubahan watak dari episod satu sampailah terakhir.

"Jadi taklah bosan gitu je rupa dia kan? Sebab tu penting untuk faham karakter and jalan cerita," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain