suria

Anak tiri Madammu dah pandai tulis luahan hati di media sosial, sedih ‘mummy’ marah tak belikan mainan Lego

Eriyca terhibur melihat telatah Ahmadhi (kiri) meluahkan perasaan di media sosial.

GELAGAT anak tiri kepada usahawan kosmetik Eriyca Baiduri iaitu Ahmadhi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi luahan hati di aplikasi TikTok disebabkan permintaannya untuk membeli permainan tidak ditunaikan.

Apa yang membuatkan netizen terhibur apabila Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 35, turut menjawab luahan anak tirinya itu menerusi ruangan komen di hantaran tersebut.

Kata Madammu, dia tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana tidak dipersetujui oleh suami yang juga merupakan bapa kepada Ahmadhi iaitu Muhammad Azri Che Noh, 46.

Ahmadhi meluahkan perasaan sedih di laman TikTok miliknya.

Ahmadhi meluahkan perasaan sedih di laman TikTok miliknya.

"Tanya ayah kamu. Kamu meluahkan perasaan di media sosial? Ayah yang tidak beri keizinan untuk membeli permainan itu," tulis Eriyca.

Sebelum itu, Ahmadhi menulis luahan rasa kecewa apabila permintaan untuk membeli permainan lego sempena hari lahir tidak ditunaikan.

"Saya tidak akan berhenti menangis apabila mengenangkan ibu memarahi saya kerana meminta satu set permainan lego sempena hari lahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuka Kharisma mahu ambil tindakan tegas kerana fitnah, Madammu balas ‘waiting’

ARTIKEL BERKAITAN: Madammu minta angkat kaki kalau kena tanggung ‘biawak hidup’, wanita perlu ada harga diri

"Tapi kakak-kakak saya sering mendapat barangan-barangan mahal," ujarnya.

Tidak lama kemudian, Ahmadhi menulis komen memohon maaf kerana berkongsi luahan itu, namun mengakui sedih kerana tidak mendapat hadiah berkenaan.

"Hari lahir saya pun mummy (panggilan Eriyca) nak marah abang (panggilan Ahmadhi). Kenapa mummy? Ini hari lahir abang, anak nak satu lego sahaja. Dekat China (bercuti) pun abang beli satu barang sahaja.

"Saya minta maaf cakap macam ini, tapi ini pertama kali saya mahu meluahkan perasaan yang saya rasa terhadap mummy," tulisnya.

Eriyca (kanan) mempunyai hubungan rapat bersama anak-anak tirinya.

Eriyca (kanan) mempunyai hubungan rapat bersama anak-anak tirinya.

Sementara itu menerusi siaran langsung, Eriyca berkata dia terhibur dengan telatah manja Ahmadhi yang kini sudah pandai berkongsi luahan menerusi media sosial.

Untuk rekod, Eriyca mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Ketiga-tiga mereka cukup rapat dengan Eriyca malah usahawan itu tidak pernah menganggap mereka seperti anak tiri sebaliknya sebagai cahaya mata sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain