suria

Kak KM belum sedia terima menantu, anak perempuan kemas bilik pun tak pandai lagi

Kak KM belum sedia lepaskan anak sulung untuk berkahwin.

USAHAWAN sensasi Liana Rosli memaklumkan dirinya belum bersedia menerima menantu walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa.

Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkata dia masih berasakan anak-anaknya belum cukup bersedia untuk berumah tangga.

"Aku belum lagi nak terima menantu ke tak nak, belum lagi masanya. Anak-anak aku, Nabila tahun ini umur 21, Faris 19 tahun.

kak km 1

Kak KM bersama empat orang anaknya, Faris, Nabila (tengah), Rania dan Carissa.

"Tak sesuai lagi nak berumah tangga dan nak mengelabah. Masing-masing pun tak boleh!" katanya semasa bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Jawapan itu diberikan selepas dia menerima beberapa pertanyaan daripada netizen yang menawarkan diri mahu menjadi menantu.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia hanya akan membenarkan anak-anak mendirikan rumah tangga sekiranya mereka sudah mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM rimas artis suka sorok wajah anak baru lahir, tak perlu takut kena santau kalau niat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM rimas artis suka sorok wajah anak baru lahir, tak perlu takut kena santau kalau niat baik

"Macam Nabila kemas bilik pun tak pandai, Faris bercakap elok-elok dengan saya pun tak pandai.

"Jangan berangan nak kahwin! Kau jaga dulu tatasusila kau baru boleh kahwin," luahnya.

Untuk rekod, Liana dan suami Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain