suria

Ibu bapa tak restu punca Syahmie Thsaqeef lambat jadi artis, letak syarat sebelum izin masuk industri hiburan

Syahmie bersyukur tanggapan ibu bapanya perlahan-perlahan berubah positif.

GAGAL mendapat restu ibu bapa merupakan antara punca pelakon Syahmie Thsaqeef lewat memulakan karier dalam bidang seni.

Tidak menyalahkan orang tuanya, Syahmie atau Syahmie Thsa'qeef Ariffin, 31, sebaliknya yakin mereka bertindak sedemikian kerana bimbang akan masa depannya.

"Saya mulakan kerjaya agak lambat kerana ibu bapa saya sangat tegas menyebabkan saya tiada kebebasan untuk buat keputusan dan pilih jalan hidup saya sendiri.

Copy of Untitled - 2025-01-08T163852.329

Syahmie mendedahkan ibu bapanya ada meletakkan beberapa syarat untuk bergelar pelakon.

"Atas dasar kerisauan membuatkan mereka mungkin kurang yakin dengan pilihan saya pada awalnya.

"Saya faham kerisauan mereka kerana faktor usia saya yang mencecah 30 tahun, tambahan pula saya sudah ada pekerjaan tetap sebelum ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syahmie memberitahu ibu bapanya ada meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi sekiranya dia benar-benar serius mahu melibatkan diri dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmie Thsaqeef boleh tayang badan demi watak, sanggup lakon babak panas tapi ada batas

ARTIKEL BERKAITAN: Reedzwann masuk industri seni selepas dapat ‘green light’ ibu, takut gagal jika tiada restu

"Antara syarat yang diletakkan, tentulah mereka tak mahu melihat saya terpalit dengan kontroversi.

"Kisah percintaan itu mereka tidak melarang, tetapi mereka lebih suka kalau saya bersih daripada gosip sensasi," kongsinya.

Copy of Untitled - 2025-01-08T163904.852

Syahmie memahami kebimbangan orang tuanya.

Bagaimanapun selepas melihat usaha dan minat mendalam terhadap kejaya seni, tanggapan mereka kini mula berubah dan perlahan-lahan menyokong minatnya.

"Respon mereka Alhamdulillah okay. Dia nampak kerja keras saya tetapi tidak sepenuhnya.

"Saya pasti proses agak lama tetapi sekurang-kurang saya lihat ada nampak progres dan sisi positif daripada mereka sekarang ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain