SERONOK bergelar ibu, pelakon Uqasha Senrose bagaimanapun mengaku ada kalanya dia merindui kehidupan sebelum mempunyai anak. Ketika belum memiliki anak, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memberitahu dia boleh melakukan aktiviti seperti menonton filem dan tidur tanpa mengira waktu. Pun begitu, Uqasha berkata dia tetap gembira menjalani fasa baharu kehidupannya apabila dapat melihat Hawra Uqaira membesar di depan mata. Uqasha bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik yang sayangkan anak perempuannya. "Saya seronok bergelar ibu tapi kadang kala ada juga rasa rindu kehidupan dahulu boleh tidur bila-bila waktu, tonton filem tak perlu nak fikir tidur awal ke apa. "Namun dalam masa sama, bila saya lihat anak membesar saya tak sangka dan rasa gembira sahaja. Perasaan itu sudah nak digambarkan tetapi hati tu sentiasa gembira. "Perkara pertama selepas habis kerja, saya ada motivasi untuk balik rumah... nak jumpa anak," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose sudah jarang lepak bersama kawan-kawan, baru sedar ‘struggle’ keluar berdua dengan anak ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha ada pesanan buat golongan suami, sebak kenang perjalanan bergelar seorang ibu Dalam pada itu, Uqasha juga tidak menafikan agak penat untuk membahagikan masa antara lakonan dan menjaga anak, namun menyedari pengorbanannya itu sangat berbaloi. "Saya tak nafikan agak penat untuk membahagikan masa antara kerja di set penggambaran dan menjaga anak. "Tapi bagi saya penat yang berbaloi. Saya rasa pengalaman membesarkan dan menjaga anak ini adalah sangat berbaloi," ujarnya. Saya seronok bergelar ibu tapi kadang kala ada juga rasa rindu kehidupan dahulu. UQASHA SENROSE PELAKON Dia bagaimanapun bersyukur kerana dua adiknya iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose sentiasa mengambil berat mengenai anak perempuannya itu. "Saya bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik seperti Nelydia dan Raysha yang selalu datang rumah untuk ambil dan jaga anak saya. "Bila saya bekerja, mereka selalunya menawarkan diri menjaga anak saya. Bila adik-adik sendiri sayangkan anak kita, saya rasa lega kerana tahu dia berada dalam jagaan yang selamat. "Alhamdulillah saya dapat adik-beradik yang sangat penyayang terutamanya Nelydia sebab Raysha baru sahaja bersalin," jelasnya. Kata pelakon filem Bisikan Dosa ini, Nelydia sangat teliti dalam memastikan keadaan anaknya itu dijaga dengan baik. Uqasha mengakui perlu membahagikan masa antara kerja dan menjaga anak. "Nelydia sanggup datang rumah semata-mata nak jumpa Uqaira. Dia sangat ambil berat dan sering bertanya sama ada anak saya sudah makan atau belum. "Kalau orang lain nak pegang Uqaira, dia akan tanya sudah basuh tangan ke tak. Tanya dulu sama ada orang itu merokok atau tidak. Nelydia menjaga anak saya dengan baik," ujarnya. Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube