KEPETAHAN anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra bertutur dalam bahasa Inggeris nampaknya mengundang perasaan kurang senang segelintir masyarakat. Ada menuduh remaja berusia 15 tahun itu sebagai berlagak bertutur dengan slanga seperti ‘mat salih’ sehingga timbul perasaan meluat. Susulan itu ramai meminta Qadejah mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang remaja itu hilang jati diri sebagai seorang Melayu. Ibunya iaitu Datin Seri Nur Shahida, 40, bagaimanapun meminta netizen tidak memaksa Qadejah bercakap dalam bahasa Melayu. Terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat Qadejah (kanan) berbahasa Inggeris. "Tak perlulah anda suruh dia cakap bahasa Melayu, lain bunyinya nanti. "Biarlah dia hidup tenang dengan bahasa dia," katanya. Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari lagu ‘Bye Bye Bye’, anak lelaki nampaknya ikut jejak Aliff Syukri - “Tak perlu ujian DNA” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setia betul Aliff Syukri... Enggan kahwin lain kalau ditakdirkan isteri ‘pergi’ dahulu Menerusi video tersebut memaparkan Qadejah cuba bertutur dalam bahasa Melayu ketika mempromosikan tempat penginapan milik keluarganya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Qadejah berbahasa Melayu dan meminta dia terus mengasah penguasaan bahasa tersebut. Pun begitu, ramai turut mempertahankan Qadejah yang fasih berbahasa Inggeris dan tidak melihat ia sebagai satu keburukan sebaliknya kebaikan. Qadejah (kanan) sebelum ini lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. "Percubaan yang sangat bagus, harus diteruskan dan cuba lagi. Berlatih untuk jadi lebih sempurna. Sayang kalau tidak fasih berbahasa ibunda. "Biarlah dia (Qadejah) nak cakap macam mana pun, asalkan dia selesa. Kalau kita cakap bahasa Inggeris pun tidak membuatkan kita hilang jati diri sebagai anak Malaysia," komen netizen. Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada Ogos 2007. Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!