PELAKON Azhan Rani berjaya mengatasi masalah tekanan darah rendah dihidapinya dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan sihat. Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, berkata, sudah tiga bulan dia meninggalkan pengambilan kafien seperti kopi dan teh dalam diet hariannya. Sebaliknya memperbanyakkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan termasuk melakukan aktiviti sihat seperti mendaki bukit. "Rutin saya sebelum ini memang setiap pagi minum teh tarik, petang membawa ke malam minum kopi tapi sudah tiga bulan saya tidak sentuh minuman tersebut. Azhan sebelum ini kerap menderma darah di Pusat Darah Negara. "Saya banyakkan makan sayur hijau yang banyak zat besi, vitamin C dan makan buah epal sekurang-kurangnya sebiji sehari. "Alhamdulillah keputusan dan bacaan HB (hemoglobin) dalam keadaan baik selain sesuai menderma darah," katanya. Azhan berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Azhan berkata perubahan dilakukan itu juga membolehkan dia menderma darah tanpa sebarang masalah. ARTIKEL BERKAITAN: Datang set ‘ready’ ikut karakter, Azhan Rani kagum dengan Sharifah Sakinah - “Dia buat aku hormat caranya bekerja” ARTIKEL BERKAITAN: Kali keempat berjaya tawan Kinabalu, Azhan Rani diuji penyakit akut gunung Malah pemeriksaan HB sebelum menderma darah pada pagi Jumaat turut menunjukkan ia berada pada tahap terbaik. "Bacaan tadi 16.3 manakala sebelum ini tak pernah lepas 15. Paling rendah 13.5. "Pernah juga saya tidak dibenarkan menderma darah sebab bacaan HB bawah 13," katanya. Azhan sudah berhenti minum teh dan kopi selama tiga bulan. Disebabkan itu, Azhan menggesa kepada orang ramai agar menitikberat soal bacaan HB agar tidak mendatangkan mudarat ketika ingin menderma darah. Ini kerana kata Azhan, bacaan HB yang rendah biasanya tidak dibenarkan untuk menderma darah. Pada Disember tahun lalu, Azhan memaklumkan sudah menderma sebanyak 99 pek darah kepada Pusat Darah Negara (PDN). Menurut aktor berkenaan, selagi tubuh badannya masih sihat dia akan terus menderma darah bagi memberi manfaat kepada individu memerlukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!