PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad mengakui terkesan membaca berita kes kematian bayi berusia empat bulan yang didakwa berlaku di sebuah taska pada 3 Januari lalu. Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata insiden tersebut membuatkan dirinya bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan. "Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya. Uyaina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Nak cari taska dan tadika. Semua buat saya jadi takut sebenarnya. Nauzubillah," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada malam Rabu. Dalam pada itu, Uyaina menasihati ibu bapa supaya mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status pusat asuhan terlebih dahulu. Jelasnya, langkah itu penting agar tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini. "Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). ARTIKEL BERKAITAN: Karier berakhir selepas kahwin salah, suami sistem sokongan utama Uyaina Arshad ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kekal tenang, tak melatah netizen petik nama bakal disaman ‘Abang Bas’ "Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku kita boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat dan ditutup. "Salam takziah untuk ibu dan ayah baby Handzalah. Semoga kalian bertemu semula di syurga nanti," jelasnya. Pada Rabu lalu, berita kematian bayi berusia empat bulan itu menjadi bualan netizen selepas tangkap layar luahan hati seorang wanita dipercayai ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat kecuaian pihak taska. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!