DALAM sibuk menguruskan restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur, pelawak Ebby Yus rupa-rupanya terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman.
Menurut Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, kawasan pembedahan dibahagian perutnya mengalami jangkitan sehingga memerlukan suntikan dalam tempoh dua minggu ini.
Suntikan itu bertujuan untuk mencegah jangkitan daripada terus merebak.
Ebby terima suntikan elak jangkitan kuman.
"Saya tidak selalu ke restoran kalau ada hal-hal tertentu saja. Ajak juga kata tidak perlu kerap sangat datang kerana ada pekerja yang menguruskan.
"Lagi pun ketika ini saya perlu ke hospital setiap hari bagi mendapatkan suntikan kerana terdapat jangkitan di kawasan pembedahan.
"Ini kali pertama ada jangkitan, biasanya lepas cuci luka di rumah saya akan ke hospital setiap pagi. Itu menjadi rutin saya dalam dua minggu ini.
"Alhamdulillah setakat ini tidak teruk mana tapi kena lebih berhati-hati sebab benda itu di dalam, sebab tu kena pantau setiap hari oleh jururawat," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Ajak bergurau, Ebby Yus sampai hilang kata-kata... Mahu urus sendiri restoran baharu
ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tiada tawaran lakonan, Ebby Yus jual barang peribadi demi kelangsungan hidup... Enggan jadi beban orang lain
Dalam pada itu, Ebby memberitahu doktor yang merawatnya menasihati agar dia tidak terlalu terdedah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
Ini kerana keadaan tubuh badannya masih lemah membuatkan dia mudah dijangkiti penyakit.
"Doktor ada cakap jangkitan itu mungkin disebabkan saya pergi ke kawasan yang ramai orang. Saya pula ada masalah antibodi yang rendah jadi senang dapat jangkitan.
Kalau pergi keluar pun kena pakai pelitup muka.
EBBY YUS
PELAWAK
"Kadang pakaian pun perlu dipastikan sangat bersih... itulah kita nampak sudah bersih tapi tidak tahu masih ada kuman.
"Memang agak susah nak menjaganya, sebab sekarang ini sudah tidak berbalut tapi boleh jadi juga sebab lain," ujarnya.
Bagi mengelakkan dirinya terdedah jangkitan, Ebby dinasihatkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat umum.
Ebby sentiasa berjaga-jaga apabila keluar rumah.
"Kalau saya dekat tempat orang ramai pun dinasihatkan untuk tidak terlalu lama, bimbang saya akan mudah dijangkiti.
"Kalau pergi keluar pun kena pakai pelitup muka bagi langkah berjaga-jaga. Ia bergantung kepada kawasan juga, kalau tempat itu tidak ramai orang okay sahaja tapi kalau ramai itu tidak digalakan," jelasnya.
Pada Oktober 2024, Ebby menjalani pembedahan memasukkan tiub atau kateter pada bahagian perut akibat komplikasi penyakit buah pinggang dihadapinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!