BAHAGIA melayari alam perkahwinan, penyanyi Nana Sheme mula risau apabila berat badannya naik sebanyak 11 kilogram.
Kata Nana atau Nur Nabilah Hashimi, 30, selepas berkahwin dia rajin memasak di rumah sehingga tidak sedar berat badannya daripada 38 kilogram naik sehingga 49 kilogram.
"Sebelum ini kalau ikutkan berat badan saya hanya 38 kilogram dan susah sangat nak naik berat badan.
Ramai mula menegur perubahan fizikal Nana yang makin ketara.
"Tapi selepas kahwin berat badan saya mencanak naik, macam bahagia tapi sama-sama gendut dengan suami.
"Alhamdulillah, selepas kahwin saya banyak memasak sendiri di rumah tetapi itulah kami tiada satu kesedaran apabila memikirkan orang lain bercakap mengenai badan saya," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Nana memberitahu awal tahun ini dia mula mendapat kesedaran untuk menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi ramai yang mula menegur bentuk fizikalnya sudah berubah.
ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme sah bergelar isteri produser muzik dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme teringin nak berlakon... tak kisah dapat watak sampingan - “Nak masuk kelas lakonan dulu, tak mahu dipanggil kayu”
"Tahun ini (2025) barulah saya rasa timbul kesedaran terfikir saya tidak boleh terus begini dan perlu juga fikir tentang kesihatan dan penampilan diri.
"Sebelum ini ramai sahaja yang tegur saya makin berisi, pipi makin tembam. Memang ketara sangat (berat badan naik) tetapi saya tidak mengambil hati dengan pertanyaan-pertanyaan itu.
"Jadi awal tahun ini, badan mula rasa macam berat dan nak menyanyi pun mengah. Tak bagus juga untuk kerjaya nyanyian saya, lebih-lebih lagi saya baru mula nak buat comeback," ujarnya.
Selepas kahwin berat badan saya mencanak naik, macam bahagia tapi sama-sama gendut dengan suami.
NANA SHEME
PENYANYI
Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan produser muzik Zikri Zakaria pada 22 Oktober 2022.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Damai Central, Kuching, Sarawak disaksikan oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Dalam perkembangan lain, Nana menghadiahkan peminat dengan lagu baharu berjudul Ratu sempena 10 tahun pembabitannya dalam bidang muzik.
Nana mahu buat kemunculan semula dalam bidang nyanyian.
Kongsi Nana, dia juga baharu menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Rusa Music dan berharap agar dapat melebarkan lagi kerjaya nyanyiannya selepas ini.
"Alhamdulillah, Ratu merupakan single pertama saya selepas menjadi artis di bawah naungan Rusa Music. Saya gembira dengan sambutan yang diterima.
"Saya berharap selepas ini lebih banyak karya-karya muzik yang dihasilkan untuk projek comeback saya dalam industri hiburan," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!