SELEPAS 29 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Noralbaniah akhirnya terbuka hati untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.
Noralbaniah atau Nor Albaniah Raffie, 56, berkata rasa sunyi hidup bersendirian membuatkan dia terasa ingin kembali berumah tangga.
“Kalau dulu, jawapan saya berbeza. Saya kata tak perlu kahwin lagi sebab dah tua. Tapi sekarang lain, saya rasa sunyi.
Noralbaniah tak mahu hidup sendiri lagi.
“Kalau ada orang nak, saya memang bersedia untuk berkahwin. Cuma mungkin tiada yang mahu dengan saya. Saya pun tak tahu," katanya kepada mStar.
Noralbaniah berkongsi perkara itu semasa ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.
Tidak mengharapkan lebih, Noralbaniah hanya menginginkan seseorang yang boleh menerima dirinya seadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan pelakon Noralbaniah dihukum penjara akibat dadah
ARTIKEL BERKAITAN: Nor Albaniah Tidak Senang Lelaki Terburu-Buru Cari Cinta
Pun begitu, dia menolak untuk berkenalan dengan seseorang yang sudah berstatus suami orang malah terbuka menjalinkan hubungan dengan mana-mana rakan artis.
"Saya masih mencari tapi tiada lagi. Kalau boleh janganlah suami orang. Saya tak mahu banyak cuma nak orang yang boleh faham kerenah saya saja. Saya tak nak berusia sangat, tak apa kalau muda dari saya asalkan dia matang.
“Saya tak suka lelaki daripada kalangan artis. Sejak dulu, saya tak pernah bercinta atau ada skandal dengan artis. Tapi kalau di masa depan ada jodoh begitu, mungkin boleh dipertimbangkan," luahnya.
Kongsi Noralbaniah lagi, dia selesa berkenalan secara bersemuka berbanding menggunakan aplikasi mencari jodoh di atas talian.
Noralbaniah mahu lelaki matang sebagai peneman.
"Saya tak percaya kalau menggunakan aplikasi cari jodoh ini. Saya orangnya terlalu berhati-hati. Sangat berhati-hati," luahnya.
Untuk rekod, Noralbaniah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarra.
Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Sudarman meninggal dunia pada 1996 akibat nahas jalan raya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!