DIDATANGI arwah suami dalam mimpi, penyanyi Ina Naim dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana kerinduan mendalam itu.
Cerita Ina atau Nordiana Mohd Naim, 41, dia bermimpi bertemu Allahyarham Suhaimi Saad selama tiga hari berturut-turut ketika sedang demam.
"Selama kak Ina demam tiga hari, tiga hari berturut-turut itulah saya mimpikan arwah. Tapi, saya dah cerita dengan abang Khairul (suami) juga.
Ina mengalirkan air mata selepas mengucapkan kata rindu terhadap arwah suaminya.
"Dalam mimpi, arwah tidak bercakap. Saya sebenarnya rindu. Tak boleh tipu," katanya semasa siaran langsung di aplikasi TikTok.
Dalam pada itu, Ina memberitahu suaminya iaitu Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 42, ada menitipkan pesanan agar dia tidak tenggelam dalam kesedihan.
"Cuma Khairul berpesan jangan lupa untuk kembali semula ke sini (dunia) jika saya bermimpikan arwah," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jurutera dua anak akhirnya jadi suami Ina Naim, disatukan dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Suami dedah taktik ajak Ina Naim kahwin, minta bayaran mahal untuk mengajar anak
Untuk rekod, Ina sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu pada 12 Oktober 2007, namun Suhaimi telah meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Khairul pada 8 November tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!