suria

Tuduhan ‘sauk’ projek DBKL bernilai RM10 juta fitnah, Afdlin Shauki buat laporan polis

Afdlin minta diberi ruang untuk pihak berkuasa lakukan siasatan.

PENGARAH Datuk Afdlin Shauki menyangkal dakwaan terlibat dalam salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Afdlin, 54, menjelaskan tuduhan tersebut adalah semata-mata fitnah yang didorong perasaan hasad dengki dalam cubaan mencalarkan nama baiknya.

"Pertama sekali saya menafikan sekeras-kerasnya telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.

Afdlin anggap ada pihak cuba menjatuhkan dirinya.

Afdlin anggap ada pihak cuba menjatuhkan dirinya.

"Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya.

"Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam tidak bertempat," katanya.

Afdlin menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Afdlin Shauki akan buat kalau boleh putar masa, ada sebab tulis novel ‘Papadom’ selepas 15 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki tak anggap ‘Sheriff’ gagal, semangat patriotik penonton Indonesia tebal

Enggan berdiam diri, Afdlin memberitahu turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, pihak DBKL juga sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

"Saya juga telah membuat satu laporan polis bersama pihak PDRM pada hari ini untuk membolehkan siasatan dijalankan berkenaan perkara ini.

"Saya difahamkan perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL," kongsinya.

Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan.

DATUK AFDLIN SHAUKI

PENGARAH

Kata Afdlin, dia turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak agar fitnah melibatkan namanya dapat dibersihkan dengan sewajarnya.

Pihaknya juga berharap agar orang ramai tidak terlalu terburu-buru dalam memberi tanggapan buruk mengenai fitnah yang tersebar.

"Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

Kenyataan yang dibuat Afdlin di Instagram miliknya.

Kenyataan yang dibuat Afdlin di Instagram miliknya.

"Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa.

"Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," ujarnya.

Sejak 28 Januari lalu, kecoh di Telegram Edisi Siasat mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu terlibat dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL dipercayai bernilai lebih RM10 juta.

Aduan tersebut dipercayai dilakukan oleh kakitangan DBKL kepada Edisi Siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain