suria

[V] Nora Danish gigih bayar hutang kepada Allah, pernah menangis sebab rasa penat qada solat

PELAKON Nora Danish sedang giat membayar 'hutang' solat fardu yang pernah ditinggalkan secara sengaja atau pun tidak sebelum ini.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia juga pernah menangis kerana berasa terlalu letih melakukan qada solat yang banyak perlu diganti.

"Rasanya saya banyak tinggalkan solat sejak akil baligh. Jadi apa saya lakukan adalah setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada.

nora1 - 1

Nora sedar akan kesilapan masa lalu pernah meninggalkan solat fardu.

"Contohnya, Zohor empat rakaat kemudian selepas selesai saya tambah lagi empat rakaat solat qada.

"Pada awal saya buat solat qada itu saya menangis sebab rasa penat sangat! Saya hanya mampu mengadu kepada Allah.

"Tapi lama kelamaan jadi ketagih nak langsaikan semua hutang solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kelas agama cara Nora Danish istiqamah, kuatkan iman dalam diri

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup aurat bukan terlepas melakukan dosa, Nora Danish minta ubah mentaliti

Berkongsi perasaan selepas tidak lagi meninggalkan solat fardu, Nora mengakui hidupnya lebih tenang dan reda menghadapi ujian dari Allah SWT.

Nora berazam akan terus melakukan solat qada sehingga ke akhir hayatnya kerana tidak mengetahui berapa banyak solat pernah ditinggalkan.

"Kalau dulu mungkin setiap kali diuji kita akan lebih beremosi tetapi sekarang saya serahkan semuanya kepada Allah.

nora2 - 1

Nora mengakui hidupnya lebih tenang dan reda menghadapi ujian dari Allah.

"Insya-Allah saya akan lakukan qada solat sehingga ke akhir hayat saya. Selamanya," ujarnya.

Pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor mendorong dia berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama.

Kata Nora, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain