suria

Johan As'ari mengaku tak pandai ‘jual diri’, syukur ‘Botak’ masih dalam ingatan

Johan tidak pernah terfikir berhenti berlakon.

PELAKON Johan As'ari juga berdepan dengan situasi tidak menerima sebarang tawaran kerja walaupun sudah berpengalaman 15 tahun sebagai anak seni.

Johan atau Johan Ariff As'ari, 39, berkata, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang kerana sedar ia situasi biasa terpaksa dilalui oleh mana-mana pelakon.

Malah Johan mengambil peluang itu dengan memanfaatkan penggunaan media sosial sebagai cara meneruskan kelangsungan hidup.

johan 22

Johan yakin rezeki dalam dunia seni akan berterusan.

"Tahun lalu saya pernah tidak menerima sebarang tawaran sekitar empat ke lima bulan dan mungkin disebabkan penggambaran kurang rancak.

"Jadi saya cuba sesuatu yang baru dengan menjadi hos di TikTok. Saya buat sebagai hobi yang boleh memberi manfaat.

"Biar apa pun yang berlaku, saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kekasih imaginasi, Johan As'ari betul-betul nak kahwin tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari sedia kahwini wanita Perlis, mohon doa untuk berumah tangga dimakbulkan

Dalam pada itu, Johan mengakui kelemahan mempromosikan diri turut menjadi punca dia kurang menerima tawaran berlakon selain dijemput menghadiri mana-mana majlis hiburan.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana watak Botak dalam drama bersiri Juvana yang ditayangkan pada 2011 masih terpahat di hati penonton dan sinonim dengannya.

"Saya mengaku memang tak pandai nak bawa diri, promosi diri sendiri. Apatah lagi mencari 'limelight'.

Produksi pun masih beri kepercayaan kepada saya dengan memberi watak hero

JOHAN AS'ARI

PELAKON

"Tapi saya tak rasa itu satu masalah sebab Alhamdulillah sampai sekarang orang masih ingat watak Botak. Apa lagi yang mahu saya buktikan?

"Produksi pun masih beri kepercayaan kepada saya dengan memberi watak hero," ujarnya.

Dalam masa sama Johan juga meluahkan rasa bangga melihat kemunculan ramai bakat baharu yang terus mewarnai industri tempatan.

johan 33

Johan sambut baik kehadiran pelakon baharu.

Percaya pada rezeki, dia tidak pernah melihat ia satu persaingan kerana setiap pelakon memiliki aura dan karakter tersendiri.

"Ini membuktikan industri kita semakin berkembang malah kehadiran mereka terus mewarani drama dan filem tempatan.

"Saya tidak melihat kehadiran mereka ini sebagai satu persaingan kerana setiap orang itu berbeza," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain