suria

Azira Shafinaz tak tengok media sosial bimbang emosi terganggu, turun berat badan kerana ‘Intan’

Azira sanggup mengikut tuntutan produksi.

CABARAN menurunkan berat badan sebelum menjalani penggambaran drama terbaharu memberikan kesan besar kepada pelakon Azira Shafinaz sehingga dia berdepan gangguan emosi

Namun bagi Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 34, dia ada cara tersendiri agar situasi tersebut tidak menjejaskan tugas di lokasi atau memberi impak lebih buruk terhadap dirinya.

"Ketika penggambaran saya tidak banyak berkongsi di sosial media. Itu salah satu cara untuk kesihatan mental sendiri.

azira 1

Azira akui tidak mudah turunkan berat badan.

"Dalam keadaan tengah berdiet, emosi akan terganggu. Jika kita melihat orang lain gembira, takut saya yang terganggu nanti. Jadi sebab itu tak lihat sosial media.

"Bila buat cara sebegitu ia sangat membantu kerana saya tak fikir tentang orang lain. Hanya fokus kepada kerja di lokasi," katanya kepada mStar.

Azira berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram daripada 54 kilogram sebelum ini demi menjayakan watak Intan dalam drama One Cent Thief musim kedua (OCT2) yang menjalani penggambaran pada Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 3 tawaran produksi luar negara, Azira Shafinaz letak syarat tegas tak langgar hukum agama

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa dan ‘OMAD’ rahsia Azira Shafinaz dapat berat badan ideal

Menurut Azira bukan mudah untuk dia mendapatkan berat badan serta penampilan yang dikehendaki produksi memandangkan dirinya gemar menikmati makanan.

Bagaimanapun demi tuntutan kerja dia sanggup melakukan apa sahaja kerana percaya penampilan itu dapat menghidupkan jalan cerita drama berkenaan.

Itu salah satu cara untuk kesihatan mental sendiri

AZIRA SHAFINAZ

PELAKON/PENYANYI

"Dalam tempoh sebulan sebelum penggambaran saya turunkan berat badan dengan cara intermittent fasting dan aktiviti kickboxing. Di lokasi juga saya menjaga pemakanan.

"Susah nak berhenti makan nasi sebab saya seorang food lover. Namun itu adalah cabaran sebagai pelakon. Saya sanggup buat kerana ini adalah tuntutan produksi.

"Watak Intan perlu nampak depresi jadi saya kena buat penampilan sebegitu," ujarnya.

azira 66

Azira mahu penonton percaya dengan jalan cerita dan watak Intan.

Selain Azira drama ini sekali lagi menampilkan pelakon Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Datin Sofe Jane dan Fabian Loo sebagai barisan watak utama.

OCT2 merupakan kesinambungan kisah Iman Shah (Syafiq) yang merupakan seorang penggodam dengan gelaran ‘One Cent Thief’ untuk menjatuhkan Ibu Zara (Sofea).

Ia bakal memulakan tayangan pada 31 Januari saluran Astro Ria, Citra dan aplikasi Sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain