suria

Banyak kali gagal uji bakat, Fairuz Selamat kecewa sampai terfikir berhenti menyanyi

Fairuz berjanji akan terus aktif menyanyi.

KEKECEWAAN yang dilalui sebelum ini pernah membuatkan penyanyi Fairuz Selamat berfikir untuk tidak lagi aktif menyanyi sekaligus meninggalkan dunia seni.

Kata Fairuz atau Mohamad Fairuz Selamat, 40, meskipun pelbagai usaha dibuat namun ia seakan-akan tidak menjadi sehingga membuatkan dia hilang keyakinan untuk menjadi penyanyi di arus perdana.

Malah satu surat yang pernah diterima ketika masih di usia remaja juga bagai mematikan semangat bekas anggota kumpulan Q Face ini untuk meneruskan kerjaya seni.

fairuz 22

Luahan Fairuz buat peminat.

"Walaupun sudah lama tidak muncul, saya pernah mencuba untuk keluar dengan single baru. Saya banyak kali menghadiri uji bakat program nyanyian namun semua tidak berjaya. Mungkin kegagalan semua itu membuatkan saya berputus asa.

"Antara momen awal yang membuatkan saya tidak mahu menyanyi adalah ketika menerima surat layang yang menuduh saya dengan pelbagai fitnah. Ketika itu juga saya merasakan dunia seni bukan untuk saya. Mungkin saya diberi bakat menyanyi namun di tempat lain," katanya ketika dihubungi mStar.

Fairuz sebelum itu berkongsi luahan penghargaan buat kelab peminat yang telah banyak memberi sokongan sepanjang penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 11 (GV11).

ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke final terkubur, Fairuz Selamat akhirnya tersingkir GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali terselamat, Fairuz Selamat anggap rezeki terus bersaing di GV11... Tak mahu tinggal legasi buruk

Meskipun tersingkir di peringkat suku akhir, namun kepercayaan peminat sedikit sebanyak telah memberikan semangat buat penyanyi ini kembali bangkit dan terus berkarya.

"Tak sangka sokongan mereka sangat kuat sejak awal penglibatan dalam GV11. Saya tidak boleh nak bazirkan sokongan mereka. Ini adalah satu rezeki untuk saya apabila mendapat kepercayaan peminat.

Ketika itu juga saya merasakan dunia seni bukan untuk saya

FAIRUZ SELAMAT

PENYANYI

"Jadi dengan terus berkarya dan menghasilkan lagu baru adalah salah satu cara saya membalas jasa mereka. Saya janji akan terus aktif menyanyi," ujarnya.

Biarpun minat terhadap dunia nyanyian, Fairuz berkata dia masih sedar tanggungjawabnya sebagai penjawat awam perlu diberi keutamaan dan tidak pernah terfikir untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Bagi Fairuz cukuplah sekadar dia kekal relevan sekaligus berkongsi bakat dan minat terhadap dunia seni.

fairuz 33

Kelab peminat beri semangat buat Fairuz.

"Ada juga yang bertanya sejauh mana saya boleh pergi jika menang GV11, namun saya tiada jawapan kerana tidak boleh tahu rezeki di masa akan datang.

"Biarpun ada tugas hakiki namun itu tidak menghalang untuk aktif. Saya tahu memang ada sikit limitasi, namun perlu bahagi masa sebaiknya untuk semua kerja. Saya ambil pendekatan biar tidak banyak persembahan namun sentiasa ada.

"Saya juga tidak pernah terfikir ini berhenti kerja. Ini satu tanggungjawab besar," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain