suria

Amerul Affendi mahu jadi pensyarah, sambung belajar di UPSI

Amerul tidak akan berhenti dari bidang lakonan.

MAHU mengejar cita-cita sebagai seorang pensyarah, pelakon Amerul Affendi memberitahu dia bakal menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata dia akan mengikuti kursus Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL Q) bermula Mac ini.

"Insya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan. Saya nak mengajar dan jadi pensyarah.

EMPIRE_9880

Amerul teruja ingin menyambung pengajian.

"Jadi saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 10 tahun," katanya kepada mStar.

Menurut Amerul keputusan itu dibuat selepas ramai pendatang baharu bertemu dengannya untuk meminta ilmu namun dirinya belum bersedia kerana tidak memiliki sebarang sijil.

Katanya, selepas berjaya memiliki ijazah sarjana nanti dia pastinya akan lebih yakin untuk menurunkan ilmu lakonan yang dimilikinya.

Amerul merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tetater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi gembira pelakon wajah ‘biasa’ mula dapat perhatian, kini sibuk urus bisnes ternakan haiwan

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendy Bela Kerbau, Tanam Pisang Demi Masa Depan

"Saya belum bersedia... tak yakin untuk mengajar kerana nak mengajar kena ada ilmu lain pula. Selepas dapat master mungkin masa itu saya sudah tahu nak goreng macam mana.

"Saya pun rasa sudah tiba masa untuk saya beri semula ilmu yang saya sudah ada kepada generasi baru.

"Nak bersaing dengan bakat-bakat baru pun ya, saya macam sangat tercabar dengan mereka," kongsinya.

Amerul yang terkenal dengan filem Prebet Sapu ini juga memberitahu bakal mengikuti kursus ini sepenuh masa namun ia bukan bermaksud mahu bersara daripada dunia lakonan.

amerul 1

Amerul mahu curah ilmu lakonan kepada pendatang baharu.

Malah dia juga sudah melakukan persiapan untuk menguruskan kebun yang berada di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran.

"Ini bukan bersara, lakonan tetap nombor satu mengajar pun bidang lakonan juga. Hanya mahu kekal relevan.

"Kebun okay sahaja, semua sudah berjalan sendiri boleh pantau dari jauh lagi pun sekarang banyak teknologi yang boleh kita periksa melalui telefon... kan dah canggih," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain