suria

Seminggu bertarung nyawa di ICU, abang Tajul meninggal dunia

Abdullah Mahmud (kiri) meninggal dunia akibat komplikasi masalah kesihatan.

ABANG penyanyi Tajul iaitu Abdullah Mahmud Md Shari meninggal dunia pada pukul 9 pagi Khamis akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 27, berkata, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak kebelakangan ini sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan sejak seminggu lalu.

"Abang saya memang tak berapa sihat, ada banyak penyakit seperti kencing manis dan beberapa penyakit kronik lain.

Tajul memaklumkan berita pemergian abang di Instastory miliknya.

Tajul memaklumkan berita pemergian abang di Instastory miliknya.

"Sejak seminggu lalu dia sudah mula tidak mahu makan dan minum sebelum keadaannya nazak dan kami membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Tajul memberitahu sepanjang di hospital, Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan susulan keadaannya yang kritikal.

Bagaimanapun pada pagi Khamis, pihak hospital menghubungi keluarga bagi memaklumkan keadaannya dan ingin menghentikan bantuan pernafasan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh kawal gemuruh, Tajul takut nak menyanyi ‘live’ sampai hilang keyakinan

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terkilan dituduh tak bagi kerjasama, sudah beri keterangan kes kemalangan rakan

"Pihak hospital hubungi pagi tadi minta semua ahli keluarga datang ke hospital pagi ini untuk buka mesin oksigen.

"Doktor memberitahu abang saya bernafas disebabkan bergantung pada mesin tersebut dan meminta izin keluarga untuk menghentikan alat berkenaan," jelasnya.

Penyanyi lagu Serpihan Rindu ini memaklumkan ketika ini jenazah Allahyarham abangnya masih berada di Hospital Tuanku Ja'afar untuk diuruskan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Labu, Negeri Sembilan selepas waktu Zohor atau Asar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain