suria

Wanita bergelar ‘Datin’ ajak buat perkara tak senonoh, Danial Kifli takut azab Allah

Danial dedah pernah terima mesej lucah di media sosialnya.

PENYANYI Danial Kifli mendedahkan pernah dipelawa seorang wanita bergelar Datin untuk melakukan perkara tidak senonoh termasuk hubungan terlarang.

Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, mendakwa individu itu juga sanggup menaja kehidupannya jika dia bersetuju menjadi 'anak ikan' wanita tersebut.

"Wanita itu mendakwa dia berstatus Datin dan mengajak saya 'tidur' dengannya!

NP - 2025-01-31T161522.893

Danial dedah pernah jadi mangsa gangguan seksual.

"Kalau saya setuju dia juga sanggup menaja semua keperluan saya," katanya kepada mStar.

Tidak hanya itu, Danial memberitahu dia juga sering menjadi mangsa gangguan seksual apabila sering menerima kiriman mesej berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.

Ada di antara mereka kata Danial, tergamak menghantar gambar kemaluan demi menarik perhatiannya.

"Terkejut dan rasa takut pun ada sebab tak sangka betul ada orang begitu berani dan tiada perasaan malu menghantar gambar alat sulit mereka!

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli impi lagu masuk AJL tapi takut orang tak kenal, terkilan suara disamakan Haqiem Rusli

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kena tinggal dengan wanita, lagu ‘Musnah’ kisah sebenar cinta tak kesampaian Danial Kifli

"Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya ada. Saya sering terfikir sama ada mereka langsung tiada rasa segan?," jelasnya.

Danial bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah melayani permintaan tidak senonoh di media sosial kerana lebih takut akan azab Allah SWT.

Kata Danial, setiap kali menerima mesej berbaur lucah dia akan teringat pesanan arwah bapanya yang meminta dia menjauhkan diri daripada melakukan perkara maksiat.

NP - 2025-01-31T161530.156

Danial sentiasa ingat pesanan arwah bapa.

"Saya tak layan mesej-mesej mereka dan terus padam sahaja.

"Saya bukanlah seorang yang baik tapi saya masih ingat Allah dan pesanan arwah bapa agar menjauhi segala kemungkaran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Danial giat mempromosikan lagu baharunya ciptaannya berjudul Jauh yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sang Ritma.

Lagu tersebut merupakan single keempatnya selepas berjaya dengan karya seperti Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain