suria

Pertama kali berlakon, Haziq Hussni sampai tak tidur malam baca skrip

Haziq teruja berlakon buat kali pertama.

PENGACARA dan penyampai radio Haziq Hussni teruja apabila dapat melebarkan sayap sebagai pelakon buat pertama kali.

Berkongsi pengalaman itu, Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Hussni, 35, memberitahu dia terlalu gemuruh sehingga tidak mampu tidur malam sehari sebelum menjalani penggambaran drama bersiri Gadis Masa.

Katanya dia bagaimanapun bernasib baik apabila mendapat tunjuk ajar daripada pelakon Mira Filzah di lokasi penggambaran.

Snapinst.app_474934173_18481838863036117_1732120518155100266_n_1080

Haziq bersama barisan berlakon Gadis Masa iaitu Tracie Sinidol dan Bella Dowana.

"Hari pertama berlakon memang saya tidak tidur, saya baca skrip padahal hanya satu babak saja. Memang saya cuba fahami drama itu.

"Tapi ketika itu saya tak tahu berlakon ini macam mana. Bila sampai lokasi terus saya minta tunjuk ajar Mira Filzah.

"Dia banyak tolong saya ketika itu, jadi hilanglah rasa berdebar saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada jumpa mereka berdua”... Haziq cuma buat kerja, tak campur isu Jihan Muse dan Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat MC dua bulan akibat patah tangan, Haziq Hussni tak boleh duduk diam tetap keluar kerja

Menurut Haziq, ini bukan kali pertama dia menerima tawaran berlakon namun bersetuju terlibat dalam Gadis Masa kerana mempunyai masa terluang.

Haziq berkata disebabkan pengalamannya itu dia terbuka menerima sebarang tawaran lain selain bersedia untuk mengikuti kelas lakonan.

"Kalau boleh saya nak watak antagonis atau watak orang tak jangka akan saya bawa. Saya nak cabar diri saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Haziq memberitahu dia tidak akan meninggalkan dunia penyiaran radio kerana ia merupakan cinta pertamannya.

Cinta pertama saya tetap radio.

HAZIQ HUSSIN

PENGACARA/PENYAMPAI RADIO

Malah pihak pengurusannya kini turut terbuka untuk dia mencuba pelbagai bidang lain.

"Cinta pertama saya tetap radio, lakonan buat karier pertama. Pengacaraan masih lagi keutaamaan, kalau selit-selit saya akan buat.

"Pihak pengurusan okay selagi saya tak abaikan kerja. Tak ada syarat mereka letakkan lagi pun mereka juga mahu saya mencuba pelbagai perkara lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Haziq turut menjadi pengacara bagi program bual bicara, Borak SenNI yang disiarkan di Astro Prima.

haziq 1

Haziq bersama Mira Filzah dan Bella semasa tayangan perdana Gadis Masa.

Katanya, Borak SenNI gabungan pengacara lama dan baharu yang membincangkan isu semasa, gaya semasa dan kisah yang memberi inspirasi.

"Bukan sekadar membincangkan isu semasa sahaja kami juga ada menjual barang di program ini.

"Kami tak ada bawa gosip tapi kami bawa kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada orang ramai," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain