SELEPAS tujuh tahun menyulam cinta, penyanyi Naufal Azrin akhirnya mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannnya dikenali sebagai ‘F’ yang berusia 28 tahun.
Berkongsi berita gembira itu, Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, memberitahu kini adalah masa terbaik untuk kedua-dua mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.
“Dah lama kami kenal. Saya rasa sudah tiba masa kami melangkah ke fasa seterusnya.
Naufal rancang nikah tahun ini.
“Saya pun mula terbuka hati sekarang baru ambil keputusan untuk bertunang,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Majlis pertunangan mereka berlangsung di Tumpat, Kelantan pada Jumaat.
Tambah Naufal mereka masih belum menetapkan tarikh nikah dengan wanita yang berkerja sebagai guru itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Buat video tuntut hutang, Naufal Azrin tiada niat sindir sesiapa... Isu dengan syarikat pengurusan hampir selesai
ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat pengurusan berdegil tak nak bayar hutang, Naufal Azrin beri tempoh 2 minggu - “Jangan bagi alasan keluarga susah atau sakit”
“Dia seorang guru dan kami kenal melalui Instagram. Insya-Allah akan kahwin tahun ini,” ujarnya.
Naufal sebelum itu berkongsi gambar dia di pelamin bersama wanita berkenaan namun menutup wajah tunangnya itu dengan emoji tanda hati.
Naufal rahsiakan identiti tunang.
Tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut, menurut Naufal dia akan berkongsi lebih terperinci selepas mereka sah bergelar suami isteri nanti.
“Tunggulah nanti bila dah kahwin nanti saya akan kongsikan siapa dia.
“Buat masa sekarang biarlah rahsia dulu,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!