suria

Shila Amzah tak mahu anak-anak terbeban jika ada gelaran ‘Datuk’, selesa hidup sederhana

Shila tidak mahu anak-anak terbeban bila dirinya mempunyai gelaran Datuk.

PENYANYI Shila Amzah sedar sukar menggalas nama baik ibu bapa yang mempunyai pengaruh serta dikenali ramai membuatkan dia menolak tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia mahu anak-anaknya hidup bebas dan tidak terbeban dengan pengaruhnya seperti apa pernah dilaluinya dahulu.

“Bayangkan betapa berat saya bawa nama bapa sebagai seorang artis dahulu, begitu juga anak-anak saya akan lalui nanti.

NP-166

Shila fikir anak-anak sebelum membuat keputusan.

“Bila fikir perkara itu, saya tak mahu mereka hidup begitu. Saya nak mereka hidup bebas tanpa ada apa-apa tekanan,” katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Meet and Greet bersama bintang Gegar Vaganza di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Berkongsi lanjut, kata Shila dia tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab gelaran Datuk.

Jelas penyanyi itu, kehidupan sederhana serta apa dimiliki ketika ini sudah lebih daripada mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dedah trauma waktu remaja, pernah diraba ketika jalan kaki ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hati Ubai ‘patah seribu’ dituduh pukul Shila Amzah

“Kalau saya terima tawaran tersebut, saya tak rasa saya mampu laluinya.

“Sebab bila dah pegang gelaran besar macam itu, banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

“Cukuplah saya menjadi diri sendiri, apa yang saya ada sekarang sudah mencukupi,” jelasnya.

NP-167

Shila bahagia hidup bersederhana dengan keluarga.

Sebelum ini menerusi program audio siar Ubai Sentral, Shila mendedahkan pernah menolak tawaran bergelar Datuk.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023 dan mereka memiliki seorang anak perempuan bersama iaitu Rhea Akira yang kini berusia lapan bulan.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain