suria

[V] Fatima manja seperti biasa, luahan dah tak sayang Fattah Amin sebab merajuk 

PELAKON Fattah Amin menyifatkan reaksi anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya yang menyatakan sudah tidak menyayanginya adalah perkara normal.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, apa diluahkan Fatima adalah disebabkan dia merajuk dan apa yang terkeluar daripada mulut seorang kanak-kanak berusia empat tahun tidak dapat dijangka.

"Budak 4 tahun, kita tak boleh jangka apa dia cakap. Saya rasa itu normal, mungkin dia merajuk," katanya kepada mStar.

Fattah ditemui ketika majlis Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

Fattah Fazura Fatima

Fattah tidak melihat luahan Fatima sebagai satu masalah besar.

Pelakon itu berkongsi perkara itu sebagai mengulas penularan video Fatima meluahkan sudah tidak menyayangi Fattah ketika muncul dalam sesi siaran langsung bersama ibunya, Nur Fazura.

Menyangkal wujud sebarang masalah di antara mereka, Fattah sebaliknya memaklumkan baru sahaja bertemu Fatima pada Jumaat.

Kata Fattah, anak perempuan tunggalnya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti didakwa malah bersikap manja terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima merajuk katanya dah tak sayang Fattah... Reaksi Fazura tegur anak raih perhatian netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah laris bukan alasan abai tanggungjawab, anak tetap keutamaan Fattah Amin

"Bila kami berjumpa saya tak nampak reaksi seperti dalam video yang tular malah kami banyak berbual.

"Walaupun sekarang tidak seperti dahulu namun hubungan kami masih kuat. Saya tak nampak ada jurang di antara kami.

"Saya dan Fazura juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan situasi sekarang," ujarnya.

fattah - 1

Fattah akan memastikan Fatima tidak terabai hanya kerana perkahwinannya dengan Fazura tidak kekal lama.

Menurut aktor ini, dia juga tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana pihak yang memuat naik video tersebut sehingga tular.

Dia juga berharap tidak timbul sebarang spekulasi atau tohmahan hanya kerana video tersebut.

"Saya tak tahu apa niat orang yang upload video tersebut. Harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik," luahnya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017 namun jodoh di antara mereka tidak berkekalan apabila bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain