suria

Syarikat kosmetik cuba ‘gula-gulakan’ Arrora Salwa, minta jadi duta tapi banyak syarat tak masuk akal

Arrora sudah beri dua kata putus tetapi ditolak syarikat kosmetik berkenaan.

PENYANYI Arrora Salwa mendedahkan terdapat sebuah syarikat kosmetik yang mahu melantiknya menjadi duta namun cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Kata Salwa atau Salwa Md Razak, 40, syarat-syarat dikenakan seperti tidak masuk akal kerana terlalu banyak komitmen perlu dilakukan dengan bayaran tidak setimpal.

“Sepatutnya ada satu kolaborasi berlaku antara saya dengan sebuah syarikat kosmetik, tapi belum ada apa-apa perjanjian hitam putih mereka dah cetak dahulu guna wajah saya.

NP-169

Salwa dedah terdapat syarikat kosmetik cuba ambil kesempatan ke atas dirinya.

“Apabila kontrak dikeluarkan, syarat mereka berikan pada saya melampaui batas, sebagai contoh mereka bayar RM3,500 tapi semua benda saya kena buat seperti cari stokis, buat reviu dan sebagainya.

“Saya nak dilantik sebagai duta mereka tapi itu bukan tugas sebagai seorang duta,” katanya kepada mStar.

Salwa berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Meet and Greet bersama bintang Gegar Vaganza di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Bercerita lanjut, Salwa berkata dia sudah memberi dua pilihan kepada usahawan berkenaan namun ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Arrora Salwa lalu bawah ampaian, bukti tak guna ilmu hitam kekal di GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 8 minggu, giliran Arrora Salwa tersingkir GV11

Tegas Salwa, jika syarikat berkenaan masih berdegil menggunakan nama atau wajahnya untuk melariskan produk, penyanyi itu tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut.

“Sama ada bayar saya RM25,000 sebulan atau boleh bayar amaun yang sedikit itu tapi beri 1,000 produk untuk saya.

“Semua keuntungan yang saya dapat dia tak boleh ambil sebagai jaminan pendapatan saya.

“Tapi dia tak mahu dan terus batalkan hasrat lantik saya jadi duta. Kalau mereka masih gunakan wajah atau nama saya, saya akan ambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain