suria

Nabil buat hal lagi, tak sengaja kongsi aurat isteri ketika video call - “Saya nampak dia macam bertudung”

Nabil akur kesilapan sendiri.

PELAWAK dan penyampai radio Nabil Ahmad tidak menyedari aurat isterinya terdedah ketika membuat panggilan video yang turut dikongsi di laman sosial Era FM.

Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, dia juga tidak menyangka perkara tersebut menjadi bualan ramai sehingga ramai yang memberi kecaman terhadapnya dan isteri iaitu Nazirah Ayub.

"Saya terlepas dan ia tidak sengaja. Ketika itu saya nampak dia (isteri) macam pakai tudung. Saya pun tidak tahu video itu viral.

nabil 3

Nabil janji lebih berhati-hati.

"Betullah kata orang tua, jangan seronok sangat... nanti bersedih," katanya kepada mStar.

Nabil mengulas perkara itu ketika ditemui pada sesi Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

Sebelum ini tular video Nabil melakukan panggilan video bersama isterinya yang sedang memasak di rumah menyediakan menu untuk rakan-rakan di konti radio.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman isteri tanpa hijab video lama, Nabil Ahmad tertekan ‘post’ sebab tak reti guna IG

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dan Nabil Ahmad sudah berbaik, merajuk hati punca salah faham

Rakaman tersebut yang turut dimuat naik di laman sosial rasmi radio Era namun kemudiannya dipadam selepas menerima banyak kecaman.

Dalam video berkenaan kelihatan Nazirah atau Zira hanya memakai tuala menutup bahagian kepala.

Berharap perkara sebegitu tidak akan berulang, Nabil berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

nabil 2

Nabil bersama isteri dan tiga anaknya dilantik menjadi duta jenama Jakel.

"Saya tahu video tersebut akan dimuat naik, saya yang suruh.

"Doakan saya akan lebih berhati-hati dan cakna dengan keadaan semasa. Kita belajar dari kesilapan," ujarnya ringkas.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama berlaku malah sebelum ini Nabil sendiri berkongsi video isterinya tidak memakai tudung ketika mereka sedang bercuti.

Menjelaskan perkara tersebut, dia memberitahu ia adalah video lama dan tidak sengaja dikongsi kerana tidak tahu menggunakan media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain