PELAKON Datuk Aaron Aziz bergegas ke sebuah pusat beli-belah di Shah Alam susulan insiden tembakan yang berlaku di situ pada malam Sabtu.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, bergegas ke lokasi kejadian untuk menjemput anak perempuannya iaitu Dahlia Arissa, 15, yang berada di pusat beli-belah berkenaan.
Walaupun cemas namun Aaron bersyukur apabila anaknya selamat apabila pengunjung diarahkan keluar.
Aaron berkongsi detik cemas itu di TikTok pada Sabtu malam.
"Saya datang ke sini untuk ambil Dahlia dan Amira (rakan Dahlia) keluar dari situ.
"Anak saya kata tadi semua orang diarahkan keluar," katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi hantaran video TikTok pada Sabtu malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Vanessa Reynauld menyorok dalam kedai, cerita kejadian tembak di pusat beli-belah
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari pusat beli-belah... ‘Cleaner’ lelaki cedera ditembak di kaki
Dalam pada itu, pelakon itu menasihati orang ramai untuk memastikan keselamatan ahli keluarga masing-masing yang berada di lokasi kejadian.
Aaron turut mengingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak panik apabila berdepan situasi kecemasan di tempat awam.
"Ingat ya adik (Dahlia), jangan sesekali panik jika berlaku sebarang kecemasan.
Mangsa ditembak di bahagian kakinya.
"Berharap semua memastikan saudara anda berada dalam keadaan selamat jika berada di sana tadi," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang lelaki cedera ditembak oleh suspek dalam kejadian tersebut.
Mangsa dikenal pasti sebagai seorang pekerja pembersihan di pusat beli-belah berkenaan.
Manakala suspek melarikan dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandunya membawa dia keluar dari kawasan terbabit.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!