suria

Vanessa Reynauld menyorok dalam kedai, cerita kejadian tembak di pusat beli-belah

Vanessa berada dekat dengan kejadian tembak di pusat beli-belah.

PENYANYI Vanessa Reynauld berdepan detik cemas apabila dia sendiri berada berdekatan dengan insiden tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada malam Sabtu.

Vanessa, 25, yang ketika itu bersama keluarganya memberitahu dia terdengar bunyi tembakan secara dekat sebelum diarahkan berlindung di salah sebuah kedai.

"Pertama kali mengalami situasi begini. Ia sangat menakutkan sebab sangat dengan dengan tempat kejadian.

vanessa 2

Vanessa selamat pulang ke rumah.

“Ia berlaku di sebelah kedai tempat saya membeli barang," katanya.

Vanessa berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menceritakan lebih terperinci, penyanyi ini memberitahu dia terdengar bunyi enam das tembakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari pusat beli-belah... ‘Cleaner’ lelaki cedera ditembak di kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta nyanyi seperti Mahalini, kali ini Vanessa Reynauld ikut cakap komposer

Vanessa juga memaklumkan dia kini dalam keadaan selamat.

"Teman lelaki saya melihat sendiri mangsa yang cedera. Tembakan berterusan enam kali dalam tempoh masa 20 minit. Saya menunggu dalam kedai sehingga keadaan selamat.

tembak 1

Mangsa lelaki yang cedera di kaki.

"Saya telah selamat pulang. Semoga mangsa juga selamat," ujarnya.

Dalam kejadian yang berlaku itu, Ketua Polis Shah Alam, Assiten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tembak berlaku di pusat beli belah berkenaan.

Seorang lelaki yang merupakan pekerja pembersihan dilaporkan cedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain