PELAKON Wan Sharmila berbesar hati dapat menjadi antara individu terawal menyertai misi kemanusiaan di Syria sebaik sahaja negara bergolak itu bebas dari peperangan pada Januari lalu. Wan Sharmila atau Wan Sharmila Wan Mohamed, 44, berkata ini merupakan kali pertama dia mengikuti misi kemanusiaan sepanjang hidupnya dan menganggap ia sebagai rezeki. "Masa ditawarkan menyertai misi tersebut saya memang tidak kata apa dan terus bersetuju. Wan Sharmila teruja dapat jejakkan kaki di Syria. "Tak pernah terfikir nak ke sana, tapi tergerak hati nak buat sesuatu bermanfaat dan mungkin itulah sebab Allah hantar untuk ke misi ini," katanya ketika dihubungi mStar. Berkongsi mengenai pengalaman menjejakkan kaki di Syria, Wan Sharmila berkata dia hilang kata-kata apabila melawat ke Penjara Saydnaya. Penjara Saydnaya merupakan lokasi pelanggaran hak asasi manusia seperti penyeksaan dan pembunuhan di luar undang-undang. Kata Wan Sharmila, di sana dia melihat beberapa alatan yang digunakan pihak tentera bagi memudahkan menghapuskan mayat-mayat tahanan penjara kerana ingin menjimatkan ruang pegebumian. ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas terjerut selendang jemaah, Wan Sharmila kongsi detik cemas ketika berdoa di Multazam ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan datang peluk, Wan Sharmila anggap hadiah ketika di Masjid Nabawi "Kami adalah kumpulan pertama dari Malaysia yang berpeluang masuk ke penjara Saydnaya yang dianggap paling kejam. Masa kami pergi ia baharu saja dikosongkan. "Masa masuk masih lagi berbau mayat, mesin menghapuskan mayat juga masih ada. Mesin macam kisar daging pun ada. Memang tak sangka sekejam itu. "Bila berjalan diluar penjara masih ada peluru dan saya sempat mengutip beberapa tapi tidak bawa pulang ke Malaysia malah masih ada periuk api dan bom yang berbahaya" kongsinya. Mereka sudah mulakan hidup baru dan bebas. WAN SHARMILA PELAKON Bukan itu sahaja, dia juga cukup terharu apabila menerima layanan baik daripada penduduk setempat meskipun mereka sedang sibuk mengemas selepas dibenarkan pulang ke rumah. "Saya memang nak pergi dekat-dekat dengan mereka untuk lihat betapa kuatnya mereka dan belajar lebih tentang kehidupan. "Mereka sudah mulakan hidup baru dan bebas tapi masih ada sesetengah tempat masih terjaga pihak tentera. Bila tiba di sana macam-macam perkara menyentuh hati. Wan Sharmila sebak melihat penjara Saydnaya. "Allah hantar sejauh ini untuk buka hati dan mata tengok kehidupan manusia dan belajar semua kerana Allah," luahnya. Tidak pergi dengan tangan kosong, dia bersama Muslim Care Malaysia turut membawa beberapa bantuan selepas berjaya mengumpul dana sumbangan hampir RM1 juta. "Kami bawa juga barang bantuan seperti baju sejuk, makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan beban mereka di sana. Wan Sharmila kagum melihat penduduk di Syria. "Kami juga membawa doktor sekiranya mereka memerlukan sebarang rawatan," luahnya. Pada 8 Disember tahun lalu, kumpulan pembebas Syria berjaya menawan ibu kota Damsyik sekali gus menjadi punca kejatuhan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad. Susulan itu Presiden Bashar melarikan diri ke Rusia dan menamatkan perang suadara yang sudah berlaku selama 13 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!