suria

[V] Marygrace juara OIAM, bawa pulang hadiah wang tunai setengah juta

PESERTA kelahiran Keningau, Sabah iaitu Marygrace muncul sebagai juara program One In A Million (OIAM) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Marygrace membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 berserta sebuah kereta Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bersama Alternate Records.

Bukan itu sahaja, Marygrace juga bakal merakamkan single pertamanya yang digubah khas oleh komposer dari Indonesia iaitu Ade Govinda.

oiam mary 2

Mary rancak beraksi di atas pentas.

Di kesempatan itu, Marygrace yang sebak turut berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya sehingga berjaya memperoleh kemenangan.

"Terima kasih juri kerana percayakan saya. Terima kasih semua yang bimbing saya di sini," katanya.

Pada peringkat akhir, Marygrace mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Persamaan yang dipopularkan oleh Freedom.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pesona seorang penyanyi, Mariam gagal ke final OIAM

ARTIKEL BERKAITAN: Eylia Guntabid tersingkir minggu keenam OIAM

Pusing kedua menyanyikan lagunya sendiri iaitu Titik Mula yang dihasilkan oleh Audi Mok dan Shazee Ishak.

Sementara itu, Kai Deva mendapat tempat kedua serta berjaya membawa wang tunai RM50,000 manakala Jimi pula di kedudukan ketiga dengan hadiah RM30,000.

Peserta kegemaran penonton, Zazzleen pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.

oiam mary 4

Mary bersama hadiah kemenangan bernilai RM1 juta.

OIAM dibarisi juri profesional iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan.

Manakala Faizal Tahir dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Nicholas Saputra pula bertindak sebagai juri jemputan di pentas akhir OIAM.

OIAM turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ella.

Artikel Lain