PENYANYI Liza Aziz menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung pada malam Ahad. Liza atau Norliza Abdul Aziz, 62, menewaskan lima lagi peserta lain menerusi persembahan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion dan Cinta duet bersama penyanyi Indonesia Kris Dayanti. Malah persembahan Liza menerusi segmen battle berentap bersama Sheila Abdul, Zehra Zambri dan Ning Baizura turut mendapat pujian juri apabila mempertaruhkan lagu Angkat nyanyian Mimi Fly. Persembahan duet Liza dan Krisdayanti mendapat sorakan gemuruh. Dalam ucapan kemenangan, Liza meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang dalam perjalanannya sepanjang bertanding di GV11. "Alhamdulillah, akhirnya kini pasti saya menang. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan team saya yang banyak membantu. "Terima kasih juga kepada semua peminat dan semua yang suka dan tak suka saya, terima kasih banyak-banyak," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke final terkubur, Fairuz Selamat akhirnya tersingkir GV11 ARTIKEL BERKAITAN: [V] 40 tahun bergelar penyanyi, Liza Aziz tak kecil hati dianggap ‘underrated’ Juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan persembahan Liza pada malam akhir GV11 adalah terbaik. Turut mendapat pujian persembahan duet bersama Kris dikatakan sangat sempurna malah mendapat ‘standing ovation’ daripada juri Hetty Koes Endang. "Menerusi persembahan pertama, saya suka berbanding minggu lalu, awak tunjukkan sisi lembut Liza Aziz dan bertukar kepada karakter powerful. Ning sebagai naib juara. "Persembahan malam ini adalah persembahan yang sangat baik. Duet yang sangat perfect," ujarnya. Kemenangan tersebut melayakkan Liza membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi. Ning Baizura pula muncul selaku naib juara, menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi. Sheila akur di tempat ketiga. Manakala tempat ketiga pula milik Sheila Abdul yang membawa pulang RM30,000 berserta trofi. Tempat keempat menjadi milik Dadali Dyrga manakala Zehra Zambri kelima dan trio The Lima terpaksa berpuas hati ditempat terakhir. Kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi. Dyrga bawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Pada peringkat final, kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama penyanyi jemputan dan pusingan battle antara mereka. Menerusi segmen Duet Vaganza, penyanyi jemputan termasuk Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah, Jaclyn Victor, Dolla, Pasha Ungu dan Kris Dayanti masing-masing turut membawakan persembahan solo untuk menghiburkan penonton. Persembahan pentas akhir GV11 dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Dalam pada itu, Liza turut diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi membawa pulang wang tunai RM5,000 dan The Lima dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat. GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!