suria

[V] Imran Aqil umum isteri hamil anak pertama, Dahlia makin manja sejak berbadan dua

PELAKON Imran Aqil berkongsi khabar gembira memaklumkan isterinya iaitu Dahlia Rizal kini sedang hamil anak pertama mereka.

Kata Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 25, dia juga bersyukur isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya semakin manja dengan dirinya sejak disahkan berbadan dua.

"Dahlia Alhamdulillah, kandungan sihat harapnya dapat doakan yang terbaik.

Imran lakukan pelbagai persediaan untuk sambut anak pertama.

"Tiada alahan dan tidak alergi dengan saya. Saya paling takut itu sebab orang kata bila mengandung akan alergi dengan bau-bau suami tapi dia makin clingy," katanya kepada mStar.

Imran berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 pada Khamis.

Berkongsi lanjut mengenai keadaan isterinya yang dikhabarkan terpaksa dikejarkan ke hospital, Imran memaklumkan Dahlia kini dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia disangka hamil gara-gara foto raya nampak ‘baby bump’, Imran Aqil mohon jaga sensitiviti isteri... “Ini dia dah ajak pergi gym”

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati permintaan keluarga... rupanya ini sebab Imran Aqil dan Dahlia buat lima majlis resepsi

Cerita Imran, isterinya mengalami masalah tekanan darah dan kurang gula dalam darah membuatkan dia pengsan ketika berada di sebuah restoran baru-baru ini.

Sejak kejadian itu, dia juga menasihati isterinya agar lebih banyak berehat dan hanya menerima tawaran kerja yang tidak membebankan.

"Dia ditahan di wad selama dua malam sebab tekanan darah, kurang gula dan pengsan di restoran. Saya ketika itu di Seremban dan tiada dekat di sisi dia.

Kami tengah mencari rumah yang lebih besar.

IMRAN AQIL

PELAKON

"Alhamdulillah kandungan okay dan punca masih lagi dalam siasatan," kongsinya.

Dalam pada itu, Imran memberitahu dia sedang melakukan persiapan menyambut anak sulungnya itu.

Malah dia akan menimba segala ilmu keibubapaan daripada ibunya.

dahlia 2

Dahlia dan Imran tuntut ilmu keibubapaan dari keluarga.

"Kami tengah mencari rumah yang lebih besar kerana nak meraikan bayi dengan persekiraran rumah lebih selesa dan luas, itu antara persiapan sekarang," kongsinya.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain