suria

Fikry Ibrahim ada sebab rahsia majlis nikah, jawab dakwaan kena paksa kahwin

Fikry nafi dirinya tak bahagia pada hari perkahwinan.

PELAKON Fikry Ibrahim langsung tidak berniat merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.

Sebaliknya kata Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, dia enggan menghebahkan perkara belum pasti kepada peminat.

“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi," katanya.

NP - 2025-02-13T220303.037

Fikry menafikan dia tidak bahagia sewaktu hari pernikahan.

Fikry menjelaskan perkara itu menerusi program Melodi yang dikendalikan bersama Ain Edruce pada malam Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela, Fikry menyangkal tanggapan tersebut.

Jelas Fikry, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul selepas ini.

Tambah aktor itu, walaupun sudah bergelar suami namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Dalam diam Fikry Ibrahim dah kahwin, nikah di Kedah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fikir soal kahwin! Fikry Ibrahim sibuk jaga ibu sakit, sanggup ulang alik KL-Kedah dua kali seminggu

“Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin... Itu salah!

“Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” jelasnya.

Sementara itu, Fikry menjelaskan isterinya iaitu Khalizah Alihan bukan berasal dari Kedah tetapi Sarawak.

NP - 2025-02-13T220320.013

Isteri Fikry berasal daripada Sarawak.

Kata Fikry, dia terhutang budi dengan Khalizah kerana isterinya itu sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang dia sedang menjaga ibu di Kedah," ujarnya.

Pada Rabu, Fikry dan Khalizah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain